Pages

Monday, November 22, 2010

Hati Yang Menangis

Anak-anak adalah anugerah, amanah dan juga ujian dari Allah SWT. Alhamdulillah ke atas kehadiran anak-anak kecil ini dalam kehidupan ku. Namun begitu mampu kah aku mendidik dan membimbing anak-anak kecil ini sesempurna yang mungkin dengan kesibukkan ku sebagai ibu yang bekerja?  Semua ibu dan ayah hendakkan anak berakhlak dan bijak, terbaik rohani dan jasmani.  Doaku moga anak-anak kecil ku ini menjadi anak- anak yang memberi manafaat kepada agama, ayah bonda dan keluarga serta masyarakat. Ameen...

 Anak-anak ini adalah ujian, sebahagian mujahadah kehidupan dunia ku... untuk bekalan akhirat kelak.

Maafkanlah anak-anakku...

Tuesday, November 09, 2010

Puasa Hari Arafah

Iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji. Daripada Abu Qatadah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya mengenai puasa Arafah. Sabda Baginda:

"Ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". (Riwayat Muslim (1162)).

Hari Arafah adalah sebaik-baik hari. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Tidak ada hari yang lebih ramai Allah s.w.t. membebaskan hamba-Nya daripada api neraka lebih daripada hari Arafah". (Riwayat Muslim (1134)).

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi s.a.w. dan supaya dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

p/s : Marilah kita sama-sama beramal...

Wednesday, November 03, 2010

Kehidupan di Terengganu


Assalamualaikum...

Dah lamer tak buat entri baru...agak-agak dekat 2 bulan lebih lah. Busy memanjang sepanjang bulan puasa dan raya yang tak habis-habis...huhuhuhu.

Semalam terjumpa external hardisk. Kat dalam tu ader tersimpan folder gambar Abu Daud masa dia baby...cute jugak. Mari kita tengok...

 baru merangkak


 


  apa tenung-tenung???

 baik punyer pose




 senyuman-senyuman cute



 boring sampai gigit2 tunggu flight landing



 pic pahit manis berulang alik trg-kl, kl-trg
 time ni tak meragam sangat dlm flight

Gambar ini diambik masa aku duduk di rumah mak di Marang, Terengganu. Masa tu aku dipindahkan petempatan di OSC, Majlis Perbandaran Dungun. Huhuhu...PJJ jauh dari en. hubby tercinta di KL. Ini lah kehidupan di alam pekerjaan yang mudah di transfer. Telefon dan MMS pengikat kasih sayang kami sekeluarga. Hajat hati nak balik KL selalu kadang2 masa tak mengizinkan kerana urusan kerja dan weekend di Trg dan KL tak sama hari. Long distanced...tak larat nak drive lamer-lamer, naik bas..huhuhu baby tengah lasak masa tu, tak boleh tahan duk lamer2 kat seat. Tu yang asyik ambik flight jer...kerana keadaan memaksa kita.

Kenangan tetap kenangan...walau bagaimanapun ada juga kebaikan nya. Dapat tinggal bersama bonda tercinta sebab selepas nikah maner kita boleh balik rumah bonda selalu lamer2 kerana komitment kerja dan keluarga. Masa ni sempat jugak khidmat untuk bonda bila dia ada hal nak ke mana-mana. Bila dah ada anak2 baru kita mengerti bagaimana perasaan mak kita selama ini. I love u...mak.
Related Posts with Thumbnails

Followers