Pages

Wednesday, July 27, 2011

Puasa Hari Ini

Assalamamualaikum...

Sebelum tu nak cerita pasal sardin malam tadi. Balik jer keje, kat pukul 6ptg keluar ofis terus meredah jemm di Jalan Duta. Sempat singgah kedai runcit beli sardin cap ayam tin paling kecik, mak aii mahal nyer RM3. Punyer lama tak beli, baru lah tahu harganya dah tak serupa dulu. Balik masak ala-ala cara mak masak tapi bubuh cili sket jer takut pedas sangat dan hidang kat anak-anak pas solat maghrib. Alhamdulillah, lega rasa nyer dapat merasa gak lauk sardin nie. Yang si abang makan ikan aje, tak tahan pedas. Adik nyer lah suka makan sampai berpeluh-peluh bersulam dengan air masak. Suka makan pedas rupanyer anak dara aku yang sorang nie. Hari minggu lepas dah perasan sebab pagi tu beli nasi lemak, bagi dia makan nasi sahaja tapi dia tukar pinggan dengan abangnyer. Dia makan nasi dengan sambal sekali. Nampak rileks jer dia makan. Senang lah ibu nak sediakan makanan lepas nie bila dia tak kisah pedas sket.

Hari ni puasa ganti, mungkin tinggal lagi 3 hari sebab lupa berapa hari semuanyer, extra kan lagi satu hari. Sebab period datang 1st day awal dan hujung ramadan. Alhamdulillah, ader rezeki tapau wat balik makan buka puasa malam nie. Lauk ikan bakar, udang masak cili api kot dan ayam masak merah. Tapi singgah jugak lah pasar malam petang nie beli apa yang patut untuk masak esok dan lusa. Mungkin nak masak gulai daging. Apa pun syukur banyak pada Allah, sebab dah nak masuk ramadan. Boleh doa selalu tiap malam untuk diri, anak-anak dan keluarga. Serta rezeki bulan puasa yang melimpah ruah..pasar ramadan sana sini, senang nak cari makan apa yang diingini kelak.

Tapi tak lupa air tangan ibu penting untuk mengeratkan kasih sayang serta pembesaran anak-anak yang seimbang. Kena lah fikir menu-menu yang sesuai. Semalam tanyer abang nyer, "sedap tak ibu masak?". Jawabnyer.."sedappp...!" Macam tu lah anak ibu..pandai puji ibu supaya rajin-rajinlah masak selalu.

Tuesday, July 26, 2011

Sardin oh Sardin

Assalammualaikum...

Dalam 2, 3 hari nie teringin nak makan lauk sardin dengan nasi panas-panas. Tengoklah petang nie rasa cam nak singgah kedai runcit kat depan masjid Sg. Penchala. Beli tin kecik pun jadilah. Actually, bila dah berfamili kami nie dah tak amal makan ikan sardin tin sebab nak elak kesan chemical. Tapi dah teringin sangat nak makan sebab teringat masakan sardin yang mak masak masa kami adik-beradik kecik dulu2. Kecur rasa air liur...hehehehe.

Habis nak wat camner...pembawaan budak.

Thursday, July 21, 2011

Doa Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah,
Peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah, anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal soleh.

Ya Allah ,
Panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

Ameen...

Friday, July 08, 2011

Test Untuk Kepastian

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Awal pagi tadi terjaga dari tidur sbb terdengar en. hubby baru balik dari jumpa kawannya di Puchong. Lalu kemas rumah dan dapur sket dan tergerak hati untuk buat urine pregnancy test sebelum solat dan sambung tidur balik. Yelah risau jugak sebab hari dah nak masuk 38 hari since 1 day period bulan Jun lepas. Nak tahu result yg keluar nya apa...jeng3! Cuba anda teka...

Memang terang 2 line jelas kelihatan pada pregnancy test kit tu...syukur Alhamdulillah, rezeki Allah. So, ibu perlu jaga diri, makan dan pantang larang org mengandung. Semuanya lah...yang biasa kita jaga walaupun masa tak mrngandung. Seperti adat dengan suami, ibu bapa, mertua, adik beradik,teman dan semua yg dekat dan jauh dgn kita, hati selalu bersangka baik dengan semua org, perbanyakkan membaca ayat2 Al-Quran serta banyak lagi lah...yang orang-orang tua pesan nak kena peringat balik. Dalam hati happy sangat2..insyallah.Doa-doakan agar ibu dan anak ini selamat dan dipermudahkan oleh Allah.

Semoga kehidupan kami sekeluarga akan bertambah barakah dengan kehadiran seorang lagi anak dan adik buat Abu Daud dan Ainul Jannah. Ameen...:))

Thursday, July 07, 2011

KPI Kita Tiap Hari!

Assalamualaikum...

Tengahari ini sempat menghadirkan diri dalam majlis tazkirah untuk menghayati peristiwa Israk Mikraj, anjuran bahagian kami di opis. Ustaz yang dijemput turut menceritakan tentang bagaimana syariat solat bermula. Di sini aku amat tertarik dengan petikan kata-kata beliau tentang KPI dan pencapaian kita terhadap tugasan sepanjang dan setiap tahun walau di mana kita bekerja samada gomen atau private company. Yelah, ia menyentuh tentang bab2 prestasi lah, cam boss akan nilai anak buah nyer efficient atau tak. Lembap ke dan sewaktu dengan nyer.

Begitulah sebaliknya KPI kita dengan ALLah setiap hari. Jagalah solat 5 waktu anda...! Dalam solat 5 waktu, kita beri rank atau pemberat, contohnya antara 1 hingga 10. Cuba kita amati tiap hari waktu bila kita tunai solat...awal waktu, tengah, atau hujung waktu. Kita sendiri lah beri rank dan cuba nilai sendiri tahap kita. Dah tentu ALLAH akan kata kita tak perform...tapi Dia Maha Pengasih dan Penyayang masih memberi ruang untuk kita memperbaiki segala kelemahan dalam bab iman, amal dan kehidupan kita.

Alhamdulillah, dari majlis ini sedikit sebanyak dapat memperingatkan diri untuk berazam mencapai KPI kita ini pada Allah setiap hari. Kerana bab solat lah yang pertama ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Teman-teman semua marilah kita renung-renungkan bersama...

Cerita Apa?

Assalamualaikum.

Balik kerja petang semalam agak lambat jugak punch card. Keluar jer parking kat bangunan UOA Damansara dan terus gerak pulang untuk ambil anak-anak di nuseri dulu sebelum balik ke rumah. Lebih kurang dalam pukul 6 ptg lah sampai rumah dengan anak-anak. Ayahnyer sampai awal sket walaupun petang semalam hujan renyai dan jalan jadi sesak.

Seperti biasa ibu akan buka TV channel TV9 supaya anak-anak boleh standby tengok cerita Upin-Ipin jam 6.30ptg nanti. Masa tu drama Indon Nikita belum abis lagi. Ayah pun muncul dari dapur sbb pintu depan dia tak selak supaya kami anak beranak senang masuk. Pas bagi salam semua, ayah pun bertanyer pada si abang yang mula leka tengok tv.  Bunyinyer begini lah...

Ayah : "Abu Daud tengok cerita apa ini?"
Anak : " Tengok cerita cinta, ayah".
Ayah : *#@+!-

Huhuhu...maner si abang ni tahu pasal cinta-cinta nie...aduh! Padahal umurnyer baru nak masuk 4 tahun bulan 8 nie. Ishh3...Anak2 zaman sekarang, cepat betul!

Monday, July 04, 2011

Hari Temuduga...!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..temuduga untuk sambung belajar berjaya diadakan di Ibu pejabat, Jalan Cenderasari, KL pada pagi Jumaat lepas. Semoga niat baik ini dipermudahkan dan diberkati Allah. Keputusannya akan dihantar oleh pihak JPA kemungkinan pada bulan Ramadhan. Insyaallah berkat bulan puasa.

Seribu rahmat dari Mu Ya Allah, Kau kurniakan buat insan biasa sepertiku. Syukurku tidak putus2 pada Mu Ya Allah. Alhamdulillah...
Related Posts with Thumbnails

Followers