Salam semua.
Alhamdulillah saya dan keluarga sihat walafiat. Esok hari Jumaat genaplah 26 minggu kandungan saya yang ke-4, semoga dipermudahkan segala kesulitan oleh Allah.
Next week ada check up antenatal di klinik ibu dan anak, Tanglin. Hopefully, semua berjalan dengan baik.
Syukur, Alhamdulillah. Tengahari ni ada makan-makan berat, ada boss baik hati belanja nasi arab kat opis...dari kedai Saba di Setiawangsa. Tanda ingatan dan penghargaan kepada kami yg sama-sama bekerja dengan nya. Moga beliau diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah.:)
Showing posts with label tempat kerja. Show all posts
Showing posts with label tempat kerja. Show all posts
Thursday, February 07, 2013
Friday, June 24, 2011
Rezeki Allah Kenaikan Pangkat
Assalammualaikum...
Syukur ...Alhamdulillah, secara rasmi telah menerima surat dari pentadbiran tentang kenaikan pangkat (memangku) bermula pada 15hb. Jun 2011 dan ditempatkan di Bhgn. Penyelidikan dan Pembangunan (RnD), Bangunan UOA, Jln. Semantan, Damansara.
Dengan hati yang berat dan sedih terpaksa meninggalkan teman2 sepejabat di Wisma Tun Sambanthan. Tiada lagi teman2 minum dan teman2 sembang bg melepaskan kebuntuan kesibukan kerja dan keresahan di hati. Banyak kenangan, suka duka, manis dan kelakar di sini yg akan disimpan dalam ingatan sampai bila2. Redha dengan ketentuan Allah...setiap pertemuan ada perpisahan. Jasa baik kalian akan sentisa dikenang...Jazzakallah khairan.
Secara rasmi juga telah melapor diri kepada pengarah RnD pada 15hb Jun bersama 3 lagi pegawai yang lain. First immpression ofis ini kelihatan begitu korporat sekali cuma kelemahan nyer sistem parking yg mahal rm3/jam dan penguatkuasa dbkl yg aktif membuat rondaan bagi mengkompaun atas kesalahan parking. Ini yang jadi masalah dan rintangan bekerja di sini yg buat sesetengah pegawai di sini panas tak senang duduk.
Ditempatkan di Unit Metodologi Perancangan di bawah Pn. Shamsaini... seorang pegawai yg banyak pengalaman dan ilmunya...Alhamdulillah. Sekarang nie tengah ambil masa untuk belajar menyesuaikan diri dgn suasana dan cara kerja di tempat baru ini...Insyaallah.
Tuesday, May 24, 2011
Nikmat Allah Yang Banyak
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu aku bersyukur byk2 kepada Allah s.w.t atas limpahan dan kurniaan Nya yang begitu banyak pada ku dan keluarga selama ini. Alhamdulillah, aku telah mendapat berita baik minggu lepas sehari sebelum cuti hari wesak, tentang namaku telah tersenarai dalam kenaikan pangkat yg dijangkakan pada pertengahan Jun ini. Namun begitu aku juga akan ditukarkan ke bahagian lain yg bertempat di ofis bangunan UOA di Jln Semantan, KL.
Berita gembira ini ku terima bercampur sedih kerana akan terpaksa juga menghadapi saat2 berpisah dgn rakan2 di sini tidak lama lg. Entahlah...hati lebih tenang dn bahagia di sini. Bukan kerana gusar bebanan kerja akan bertambah di sana tapi bila terdengar masalah 'dealing of people' di bahagian tersebut membuat ku tak senang duduk. Semoga aku ditempatkan di bawah ketua unit yg baik2 dan memahami dan berdedikasi. Ameen...
Subscribe to:
Posts (Atom)
