Pages

Tuesday, May 25, 2010

Selasa Hari Tipu Daya atau Hari Berdarah

Tajuk n3 ini hanya untuk memperingatkan diri sendiri. Dalam sejarah Islam banyak peristiwa berdarah berlaku pada hari Selasa. Kalau tak caya cuba belek semula buku-buku sejarah Islam dan renungkan kembali hal ini. Sebab ini bila kita nak tentukan tarikh nikah mak ayah, tok wan atau moyang akan cadangkan pada hari Khamis kerana hari ini adalah hari pertemuan. Kalau nak tahu banyak lagi marilah kita tambah ilmu melalui pembacaaan buku-buku agama yang banyak tersimpan dalam rak buku di rumah. Kesian...buku-buku tu lamer dah tak disentuh dan dibelai oleh tuan nyer!

Alhamdulillah, hari ini rasa sihat sket, malam tadi sakit badan dan demam pun ader. Ainul Jannah pun tak banyak ragam masuk jer waktu Maghrib, dia dah mengantuk. Cuma abang nyer jer ligat, tak tahu lah malam tadi dia tertido pukul berapa. Bila terjaga malam masa adiknyer merengek, nampak dia dah tergolek kat sebelah adiknyer. Ibu pun rasa menyesal gak bila kenang ader marahkan dia dengan nakal nyer tu petang semalam. Anak tengah nak membesar memang begitu fiil nyer. Ya Allah, ku doakan moga mudah-mudahan anak-anakku ini dalam golongan orang-orang yang soleh, hormat orang tua serta taat pada perintah Allah.Amin.

Pagi ini, si abang lambat bangun dan ayahnya akan hantar nuseri,  aku terus keluar rumah bersama adikknyer. Selepas hantar adiknyer ke rumah pengasuh, aku bergerak ke tempat kerja seperti biasa. Hari ni pun samer, YA RABBI mengapa lah jalan dari Pencala Link turun ke Jalan Duta ni sesak lagi belum apa-apa baru sampai satu km dah jemm yang amat. Aku switch ke jalan Mount Kiara ke Sri Hartamas menuju ke Kerinci Link dan exist Federal Highway. Sabar banyak-banyak...berapalah duit tol bulan ni yang aku dah habiskan kalau tiap pagi camni???? 

Hari ini dah dapat GAJI!! malam nanti kalau tak de hal rasa hati nak bawa anak-anak keluar makan, Insyallah. Lamer dah tak keluar makan sebab ayah terlalu banyak kerja di luar. Tengoklah malam ni kalau ayah boleh susun masa nya sket untuk anak-anak dan isteri tercintanyer ini. Mudah-mudahan Allah izinkan...

Monday, May 24, 2010

Monday Blues

Isnin adalah 'Hari Perintah' mengikut kalendar Islam. Pagi tadi aku punch -in lewat seminit...8.31am. Aduh!!! Bengang betul! Apa tak nyer keluar ajer plaza tol Bukit Kiara, jalan dah nampak jemmm dari jauh...terus keluar ke jalan susur Sri Hartamas bermakna kena lalui satu lagi tol di Kerinci Link. Tapi apa nak buat dah nasib badan. Hujung minggu yang baru berlalu dengan suasana anak-anak tak berapa sihat, masih batuk dan selsema. Berjangkit pulak pada ibunyer sekarang. Kepala terasa sakit dengan sakit tekak  yang perit berserta selsema. Ubat dah makan, moga-moga ibu cepat sembuh kerana anak-anak kecil ku memerlukan ku. Mata rasa mengantuk sangat lepas makan sebiji piriton. Lemah rasa badan.

Malam tadi sempat masakkan sup ayam untuk si abang kecik, selsema dia lambat baik. Kesiannyer anak ku ini. Adik nyer pulak dapat selsema dari si abang, merengek nak ibu berada selalu di sisi. Ya Allah, kau permudahkanlah kehidupanku sekeluarga ini untuk mendapat keredhaan dan pelindungan di bawah naunganMu Allah. Amiin....

Friday, May 21, 2010

Hari Jumaat Hari Kejadian


Hari ini Jumaat, hari kejadian serta hari kebesaran bagi kalendar Islam. Hari ini jua bersamaan 03/09/2007 putera ku Abu Daud al Hakeem dilahirkan di PPUM. Syukur Alhamdulillah.
Ini adalah anak keduaku, Puteri Mar Ainul Jannah. Gambar ini diambil pada 23 Sept 2009 selepas ku bersalin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Kecil molek orang nyer, dengan berat masa kelahiran 2.6kg. Senang sungguh kelahirannya...dengan izin Allah berkat doa munajat ayahanda bondanya. Semoga puteriku ini menjadi seorang muslimah yang soleh hendakNya.

Mari lah kita perbanyak-banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menjalankan kehidupan harian ini kerana Allah akan sentiasa dekat di hati kita.


Related Posts with Thumbnails

Followers