Pages

Monday, May 24, 2010

Monday Blues

Isnin adalah 'Hari Perintah' mengikut kalendar Islam. Pagi tadi aku punch -in lewat seminit...8.31am. Aduh!!! Bengang betul! Apa tak nyer keluar ajer plaza tol Bukit Kiara, jalan dah nampak jemmm dari jauh...terus keluar ke jalan susur Sri Hartamas bermakna kena lalui satu lagi tol di Kerinci Link. Tapi apa nak buat dah nasib badan. Hujung minggu yang baru berlalu dengan suasana anak-anak tak berapa sihat, masih batuk dan selsema. Berjangkit pulak pada ibunyer sekarang. Kepala terasa sakit dengan sakit tekak  yang perit berserta selsema. Ubat dah makan, moga-moga ibu cepat sembuh kerana anak-anak kecil ku memerlukan ku. Mata rasa mengantuk sangat lepas makan sebiji piriton. Lemah rasa badan.

Malam tadi sempat masakkan sup ayam untuk si abang kecik, selsema dia lambat baik. Kesiannyer anak ku ini. Adik nyer pulak dapat selsema dari si abang, merengek nak ibu berada selalu di sisi. Ya Allah, kau permudahkanlah kehidupanku sekeluarga ini untuk mendapat keredhaan dan pelindungan di bawah naunganMu Allah. Amiin....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers