Pages

Showing posts with label Kuala Tahan. Show all posts
Showing posts with label Kuala Tahan. Show all posts

Monday, October 04, 2010

Taman Negara S2 - Night Walk

Aktiviti malam ni takdelah seperti yang aku fikirkan. Cuma aktiviti jalan-jalan bersama tour guide n observed serta menghayati alam fauna dan flora pada waktu malam. Apa yang kami jumpa ular, rusa, labah-labah dan serangga yang keluar pada waktu malam. Penat jugaklah malam tu. Keluar 8.30 malam, balik resort dalam pukul 11.30 malam for simple supper dan tidur..zzzzzzzzzzzz
sedang tekun mendengar briefing sebelum keluar malam tu


Lalalalalalalalalalala...

Tuesday, July 20, 2010

Taman Negara S3 - Jungle Trekking ke Bukit Teresek

Selepas Subuh, ada aktiviti senaman beramai-ramai dan minum pagi. Seterusnya selepas brief ringkas dari penganjur, dalam pukul 8.30 pagi kami bergerak dalam kumpulan yang sama seperti yang dibahagikan oleh penganjur pada hari pertama akan ditemani oleh seorang tour guide untuk aktiviti jungle trekking ke Bukit Teresek. Dalam perjalanan kami juga melintasi trek ke Lubuk Simpon (berpuaka) dengan banyak kes kematian semasa mandi manda. Time aku pergi sini dulu dalam tahun 1996, mengorban student seorg Uitm, Shah Alam. Takde jalan darat masa tu, jenazah terpaksa dibawa dengan bot pjg tu ke pengkalan Hulu Tembeling selama 3 jam sebelum dibawa pulang ke KL. Kalau lalu tempat Lubuk Simpon ni terasa amat sunyi sangat-sangat dan meremang sket bulu roma. Ok..layannnnnn pics....

Jeti bot
 Berjalan kaki ke jeti bot untuk seberang ke Taman Negara
On the way ke seberang sungai saner ke kawasan reserved Taman Negara
yang berdiri tu tour guide kumpulan  kami
posing kenang-kenangan kumpulan kami

 Banir pokok antara yang terBesar

Perjalanan yang sukar dengan cerun yang tinggi

Pemandangan Gunung Tahan dari kemuncak Bukit Teresek

Yess!! Alhamdulillah berjaya jua akhirnya sampai ke kemuncak

Bergambar kenangan di kemuncak bersama kumpulan besar dari PPZT

Sesaper yang tak pergi tu gerenti lah menyesal habis lah kalau tengok gambar-gambar nie. Anyway, dengan semangat team building yang kuat dan kerjasama serta sokongan yang padu antara satu sama lain kami akhirnya berjaya melalui rintangan dan halangan dalam perjalanan ke kemuncak. Walaupun ader antara kami yang orang lama telah mendapat kecederaan seperti terseliuh kaki, muntah2 dan pening-pening. Sampai resort malam tu ada kes refer ke Hospital Daerah Jerantut. Huhuhuhu...kesian mereka-mereka ini. 

Bersambung ke S4......see u.

Taman Negara S4 - Canopy Walk


Antara gambar canopy walkway dan peserta program dari PPZT

Hari kedua, 24hb. Jun 2010,
Program ke 2 pagi itu selepas menawan Bukit Teresek,yang penuh dengan cabaran dan halangan bagi mereka yang lama tak exercise adalah menjelajah jambatan gantung iaitu Canopy Walkway. Kami bergerak dalam kumpulan yang sama dengan sela jarak 10 meter antara satu sama lain semasa menaiki canopy walk ini.

Sempat berehat kat bawah gateway canopy walkway  dan berposing sementara menunggu turn masing-masing. Siapa yang gayat tu susah sikitlah kalau nak habiskan laluan ni. Bagi aku ini kali ke 2 lah, tapi masa time student dulu laluan ini lagi panjang. Sekarang dah dipendekkan sebab ader station antara walkway ni dah ditutup. Sekian...bersambung ke S5

Thursday, July 01, 2010

Program di Taman Negara

Ofis ku telah mengadakan satu program di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang pada 23-25hb. Jun 2010 yang lalu. 2 bas disediakan dan kami telah menunggu seawal 8.30 pagi tetapi berlaku kelewatan perjalanan kerana bas B datang agak lewat. Jam 9.00 pagi barulah kami dapat bertolak bergerak ke Jerantut. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan berjaya sampai di saner lebih kurang dalam pukul 1 petang. Sejurus sampai, pihak perunding program menjemput kami ke restoran terapung yang berada di kaki air Sg. Tembeling (kalau tak silaplah namanya) untuk makan tengahari. Rezeki kami tengahari itu adalah ikan patin masak tempoyak, ayam masak apa entah...sengal betul dah tak ingat, buah tembikai dan sirap manis.



restoran terapung tempat kami makan tengahari


pemandangan menarik sekitar restoran terapung

Selesai makan tengahari kami dikehendaki check-in di Woodland Resort. Penat berjalan ke dorm tempat penginapan kami kerana ia terletak agak jauh dari main service centre...huhuhuhu!

Solat berjemaah petang itu diadakan di dewan besar resort tersebut dan diteruskan dengan program pengenalan kepada peserta  berkenaan kursus serta pembahagian peserta seramai lebih kurang 64 orang kepada 5 kumpulan kecil.
Aktiviti yang diadakan malam itu ....jeng! jeng! jeng! 
Bersambung di Siri2....daaaa.....!
Related Posts with Thumbnails

Followers