Pages

Friday, December 28, 2012

Petua Didik Anak Pintar

Assalammualaikum.

Untuk dikongsi oleh semua....insyaallah

Petua 1
Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali .

Petua 2
Membaca surah Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

Petua 3
Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

Petua 4
Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan kita ke muka dan ubun-ubun anak.

Monday, December 24, 2012

Year End of 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kita sampai ke minggu terakhir disember 2012. Sempena cuti hujung tahun kali ini kami tidak kemana-mana, Insyallah, plan pergi bercuti bersama keluarga mungkin pada hujung bulan Jan 2013 depan.

Alhamdulillah, ada satu lagi berita baik, Insyaallah tinggal lagi 20 minggu untuk kami sekeluarga menerima baby baru.. :)
Doakan moga semoga sejahtera serta dipermudahkan Allah..ameen.

Monday, November 19, 2012

Doa Untuk Anak

Assalamualaikum,

Untuk amalan kita bersama...

Doa agar hilang keinginan untuk berzina (Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak)


اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Maksudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.

Bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak perempuan).

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Assalamualaikum, saya memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan saya, kekhilafan atau apa jua kekurangan saya kepada anda semua, tidak kira dimana saya anda berada. Di bulan yang mulia ini saya juga ingin mengucapkan selamat  meraikan Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh pengharapan pada Allah. Semoga Ramadhan dan Syawal kali ini yang terbaik amalannya buat kita. Selamat beribadat dan Semarakkan Ilmu.

Thursday, July 26, 2012

Baby Baru - Puteri Mar Ainul Batrisya

Assalamualaikum

Dah lama menyepi tanpa berita selepas preggy anak yg ke 3 last year. Rindu nak post cerita kat sini selalu tapi masa tidak mengizinkan.

Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan anak ke 3, seorg baby gurl seberat 2.445kg di PPUM aka UH, pd jam 6.39pm bersamaan hari Isnin pada tarikh 27hb. Februari 2012. Syukur pada Allah, dimaklumkan oleh nurse yg baby tiada tanda2 kuning. Discharged hospital lewat ptg keesokkannya dan terus proceeded balik Ipoh for 2 weeks. Kemudian sambung pantang di rumah kat Terengganu sampai habis pantang 44 hari. Terima kasih pada semua yg mendoakan kesejahteraan kami. Jazzakallah khairan. Diberi nama oleh suami, Puteri Mar Ainul Batrisya. Jangka bersalin nyer 7hb. Mac 2012 tapi si Syasya nak kluar awal...gak :0 Iras nyer seperti abangnyer time baby,tgk gambar-gambar nyer kat bawah nie:

hari kedua 28hb feb 2012

Baby Syasya sekarang

Abu Daud masa baby

Abu Daud umur bawah 8 bulan

Bila tengok gambar-gambar baby budak 2 org nie sebiji seiras...apa lagi ngada2 lah si abg pada kakak Syasya,Ain menangis. Declared adiknyer sorg sbb sama-sama botak. Anak-anak mcm-mcm ragam lah. Tapi buat ibu happy dan syukur byk2 pada Allah kerana mengurniakan 3 anak yg sihat dan comel serta sbg amanah Nya. :)
Related Posts with Thumbnails

Followers