Pages

Friday, December 28, 2012

Petua Didik Anak Pintar

Assalammualaikum.

Untuk dikongsi oleh semua....insyaallah

Petua 1
Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali .

Petua 2
Membaca surah Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

Petua 3
Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

Petua 4
Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan kita ke muka dan ubun-ubun anak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers