Pages

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Assalamualaikum, saya memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan saya, kekhilafan atau apa jua kekurangan saya kepada anda semua, tidak kira dimana saya anda berada. Di bulan yang mulia ini saya juga ingin mengucapkan selamat  meraikan Hari Raya Aidil Fitri dengan penuh pengharapan pada Allah. Semoga Ramadhan dan Syawal kali ini yang terbaik amalannya buat kita. Selamat beribadat dan Semarakkan Ilmu.

Wednesday, November 02, 2011

Doa Untuk Anak

Assalamualaikum..

Share dari fb Ustaz Zahazan Mohamed


‎3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



... اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya


p/s : Amalan kita untuk keberkatan ilmu anak2...




Monday, September 19, 2011

Dugaan

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon ampun dan maaf andai ada salah silap ketika berbicara mahupun perbuatan yang menyinggung perasaan serta halalkan mana yang termakan dan minum.

Alhamdulillah...berjaya berpuasa penuh pada Ramadan kali ini. Moga-moga Allah memberkati dan mengurniakan limpah rahmatNya serta menambahkan keimanan dalam kehidupan ku sekeluarga.

Syukur pada Allah kerana tahun ini berpeluang berhari raya di rumah mak bersama adik-beradik yang lain, di Terengganu. Walau bagaimanapun, masih tidak berkesempatan pulang menziarah mertua di Ipoh, Perak kerana suami masih tidak sihat.

Dugaan...
Bila kita bersangka baik tentang sesuatu perkara atau melibatkan hubungan dengan org di sekeliling, mengapalah ada saja yg mengganggu dan bermain di fikiran ini. Istighfar... Astaghfirullah berulang kali. Kiranya ia terjadi sekali dua hati senang mengganggap ia hanya kebetulan atau tidak disengajakan. Telah cuba yang terbaik untuk memberi segala kebaikan. Tapi bagaimana jika ia sentiasa berulang kali pada tiap-tiap kali pertemuan..tak mungkin hati ini tak terdetik apa2 di fikiran. Haruskah berbuat begini untuk membezakan siapa di antara kita. Hati ini begitu mudah rasa terhiris dan tersentuh apalagi menangisi. Setiap yang kita rencanakan tapi Allah yang menentukan. Mungkin ada hikmah Allah di sebalik situasi ini yang perlu kita renungi dan dalami sedalam-dalamnya agar tidak tidak menyinggung perasaan serta sensitiviti sesiapa.  Sesuatu yang orang biasa dengannya tak mungkin orang lain pun biasa menerima. Ibarat rambut sama hitam, hati lain-lain. Sedar siapa diri ini..ku cuma hambaMu Ya Allah. Kau berikanlah ku kekuatan dan ketenangan dalam diri ini untuk mendatangi dugaan dan ujianMu ini...ameen.

Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.




Thursday, July 07, 2011

KPI Kita Tiap Hari!

Assalamualaikum...

Tengahari ini sempat menghadirkan diri dalam majlis tazkirah untuk menghayati peristiwa Israk Mikraj, anjuran bahagian kami di opis. Ustaz yang dijemput turut menceritakan tentang bagaimana syariat solat bermula. Di sini aku amat tertarik dengan petikan kata-kata beliau tentang KPI dan pencapaian kita terhadap tugasan sepanjang dan setiap tahun walau di mana kita bekerja samada gomen atau private company. Yelah, ia menyentuh tentang bab2 prestasi lah, cam boss akan nilai anak buah nyer efficient atau tak. Lembap ke dan sewaktu dengan nyer.

Begitulah sebaliknya KPI kita dengan ALLah setiap hari. Jagalah solat 5 waktu anda...! Dalam solat 5 waktu, kita beri rank atau pemberat, contohnya antara 1 hingga 10. Cuba kita amati tiap hari waktu bila kita tunai solat...awal waktu, tengah, atau hujung waktu. Kita sendiri lah beri rank dan cuba nilai sendiri tahap kita. Dah tentu ALLAH akan kata kita tak perform...tapi Dia Maha Pengasih dan Penyayang masih memberi ruang untuk kita memperbaiki segala kelemahan dalam bab iman, amal dan kehidupan kita.

Alhamdulillah, dari majlis ini sedikit sebanyak dapat memperingatkan diri untuk berazam mencapai KPI kita ini pada Allah setiap hari. Kerana bab solat lah yang pertama ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Teman-teman semua marilah kita renung-renungkan bersama...

Thursday, April 28, 2011

Perasaan Hati Orang

As salam.

Bila ader org minta tolong dgn kita tapi kita belum tahu boleh bantu atau tak pada hari dimintanyer, kita dah jawap dan bagi alasan ikut sedap hati. Mengapa dan kenapa? Wajar kah kita persoalkan situasinya mengapa perlu lakukan semua itu padahal kita tahu dia tiada pilihan lain yang terbaik utk diri dan jagaannya. Susah sangat kah untuk beritahu nya, InsyAallah..tak perlulah kita beri alasan yg sekian2 hari bulan, kita ader hal ini hal itu...Wahai teman, semua ini akan berlaku dengan izin dan kuasa Allah s.w.t.

Jawapan mudah dan menyakitkan hati memang senang kita bagi org tanpa memikirkan perasaannya. Berhati-hati lah bila berkata walau pun kita ini pandai bermadah pujangga. Ingatlah pesan org2 tua dulu terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa" atau "kerana santan pulut binasa".

Semua nasihat ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara kita supaya hal2 yg kecil ini tidak menjadi  bara pada hari ini dan api pada kemudian hari. Maka akan bertambah tawar hambarlah kehidupan ini...

Bukankah kemanisan dan ketenangan hidup di dunia dan akhirat yg kita cari...???

Tuesday, November 09, 2010

Puasa Hari Arafah

Iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji. Daripada Abu Qatadah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya mengenai puasa Arafah. Sabda Baginda:

"Ia menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". (Riwayat Muslim (1162)).

Hari Arafah adalah sebaik-baik hari. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Tidak ada hari yang lebih ramai Allah s.w.t. membebaskan hamba-Nya daripada api neraka lebih daripada hari Arafah". (Riwayat Muslim (1134)).

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi s.a.w. dan supaya dia tetap kuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

p/s : Marilah kita sama-sama beramal...

Friday, July 02, 2010

Doa Yang Kita Lupakan

SAlAM...
Rabbighfirli Warhamnir - DOA YANG KITA LUPAKAN
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Doa Antara 2 Sujud
Doa Antara 2 Sujud : pic credit : e-zakat.com.my

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup
Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Wa’fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
Petikan Entri dari : fobulousnana.com

Wednesday, June 30, 2010

Suami tidak boleh membenci isteri

Allah Taala berfirman :

"Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

 
                                                                                                                      (An Nisa': 19)

Tidak boleh seorang suami membenci isterinya. Kerana kalau pun ia membenci sebahagian akhlak isterinya, di sisi lain ia akan menyukai akhlak-akhlaknya yang lain.

p/s : Bersamalah kita renung-renungkan...
Related Posts with Thumbnails

Followers