Assalamualaikum...
Alhamdulillah..temuduga untuk sambung belajar berjaya diadakan di Ibu pejabat, Jalan Cenderasari, KL pada pagi Jumaat lepas. Semoga niat baik ini dipermudahkan dan diberkati Allah. Keputusannya akan dihantar oleh pihak JPA kemungkinan pada bulan Ramadhan. Insyaallah berkat bulan puasa.
Seribu rahmat dari Mu Ya Allah, Kau kurniakan buat insan biasa sepertiku. Syukurku tidak putus2 pada Mu Ya Allah. Alhamdulillah...
Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts
Monday, July 04, 2011
Friday, June 24, 2011
Rezeki Allah Berlipat Ganda - Temuduga Sambung Belajar
Assalamualaikum,
Petang semalam selepas waktu makan tengahari, terima surat atas meja untuk pergi ke temuduga bagi permohonan kemudahan hadiah latihan persekutuan sesi 2012 bagi pengajian sarjana yang dipohon baru2 ini. Alhamdulillah...syukurku banyak2 padaMu Ya Allah! Begitu banyak Allah permudahkan segala kesulitan dan melapangkan rezeki kami sekeluarga. Ini semua berkat doa kalian semua...yg tak dapat saya nyatakan di sini. Mudah-mudahan kita sentiasa di bawah naungan Allah s.w.t. Syukran..!
Tarikh temuduga nyer pada 30 Jun 2011, Khamis depan nie pada jam 2.30-4.30 ptg. Terdapat 4 calon yg telah berjaya disenarai pendek, walau pun pada makluman yg saya dengar mmg ramai juga yang menghantar permohonan pada tahun ini. Pada kawan2 yang tak berjaya, jgn putus asa cuba lagi pada tahun depan. Insyaallah...ada rezeki kawan2 nanti cuma sesi pengajian shj yg berbeza.
Sekarang sedang berusaha mencari maklumat dan bahan persiapan untuk ke temuduga tersebut...fuhhh rasa gugup jugak takut tersalah cakap.
Ya Allah, Kau permudahkan urusan ku ini kerana pada Kau sahaja tempat ku berharap. Ameen...
Tuesday, May 24, 2011
Sambung Belajar?
Assalammualaikum...
Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan bagi sesi 2012 telah dikeluarkan pd 25 April lalu dan tarikh tutupnya 23 Mei..semalam. Aku sempat menghantar permohonan secara online di website JPA. Cadangnya sambung master secara coursework dlm bidang kejuruteraan, pengkhususan Remote Sensing dan GIS di UPM. Entah camner tahun ini aku berminat pulak nak apply.
Sekarang nie tengah bertungkus lumus menyiapkan kertas cadangan utk dihantar ke Seksyen Sumber Manusia pada atau sebelum 3 Jun 2011. Temuduganya berkemungkinan akan diadakan dlm bulan Julai ini. Berdoa dan ikhtiar moga2 usaha ku ini berjaya...Insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
