Pages

Thursday, July 01, 2010

Program di Taman Negara

Ofis ku telah mengadakan satu program di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang pada 23-25hb. Jun 2010 yang lalu. 2 bas disediakan dan kami telah menunggu seawal 8.30 pagi tetapi berlaku kelewatan perjalanan kerana bas B datang agak lewat. Jam 9.00 pagi barulah kami dapat bertolak bergerak ke Jerantut. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan berjaya sampai di saner lebih kurang dalam pukul 1 petang. Sejurus sampai, pihak perunding program menjemput kami ke restoran terapung yang berada di kaki air Sg. Tembeling (kalau tak silaplah namanya) untuk makan tengahari. Rezeki kami tengahari itu adalah ikan patin masak tempoyak, ayam masak apa entah...sengal betul dah tak ingat, buah tembikai dan sirap manis.



restoran terapung tempat kami makan tengahari


pemandangan menarik sekitar restoran terapung

Selesai makan tengahari kami dikehendaki check-in di Woodland Resort. Penat berjalan ke dorm tempat penginapan kami kerana ia terletak agak jauh dari main service centre...huhuhuhu!

Solat berjemaah petang itu diadakan di dewan besar resort tersebut dan diteruskan dengan program pengenalan kepada peserta  berkenaan kursus serta pembahagian peserta seramai lebih kurang 64 orang kepada 5 kumpulan kecil.
Aktiviti yang diadakan malam itu ....jeng! jeng! jeng! 
Bersambung di Siri2....daaaa.....!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers