Pages

Tuesday, July 20, 2010

Taman Negara S3 - Jungle Trekking ke Bukit Teresek

Selepas Subuh, ada aktiviti senaman beramai-ramai dan minum pagi. Seterusnya selepas brief ringkas dari penganjur, dalam pukul 8.30 pagi kami bergerak dalam kumpulan yang sama seperti yang dibahagikan oleh penganjur pada hari pertama akan ditemani oleh seorang tour guide untuk aktiviti jungle trekking ke Bukit Teresek. Dalam perjalanan kami juga melintasi trek ke Lubuk Simpon (berpuaka) dengan banyak kes kematian semasa mandi manda. Time aku pergi sini dulu dalam tahun 1996, mengorban student seorg Uitm, Shah Alam. Takde jalan darat masa tu, jenazah terpaksa dibawa dengan bot pjg tu ke pengkalan Hulu Tembeling selama 3 jam sebelum dibawa pulang ke KL. Kalau lalu tempat Lubuk Simpon ni terasa amat sunyi sangat-sangat dan meremang sket bulu roma. Ok..layannnnnn pics....

Jeti bot
 Berjalan kaki ke jeti bot untuk seberang ke Taman Negara
On the way ke seberang sungai saner ke kawasan reserved Taman Negara
yang berdiri tu tour guide kumpulan  kami
posing kenang-kenangan kumpulan kami

 Banir pokok antara yang terBesar

Perjalanan yang sukar dengan cerun yang tinggi

Pemandangan Gunung Tahan dari kemuncak Bukit Teresek

Yess!! Alhamdulillah berjaya jua akhirnya sampai ke kemuncak

Bergambar kenangan di kemuncak bersama kumpulan besar dari PPZT

Sesaper yang tak pergi tu gerenti lah menyesal habis lah kalau tengok gambar-gambar nie. Anyway, dengan semangat team building yang kuat dan kerjasama serta sokongan yang padu antara satu sama lain kami akhirnya berjaya melalui rintangan dan halangan dalam perjalanan ke kemuncak. Walaupun ader antara kami yang orang lama telah mendapat kecederaan seperti terseliuh kaki, muntah2 dan pening-pening. Sampai resort malam tu ada kes refer ke Hospital Daerah Jerantut. Huhuhuhu...kesian mereka-mereka ini. 

Bersambung ke S4......see u.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers