Pages

Tuesday, May 25, 2010

Selasa Hari Tipu Daya atau Hari Berdarah

Tajuk n3 ini hanya untuk memperingatkan diri sendiri. Dalam sejarah Islam banyak peristiwa berdarah berlaku pada hari Selasa. Kalau tak caya cuba belek semula buku-buku sejarah Islam dan renungkan kembali hal ini. Sebab ini bila kita nak tentukan tarikh nikah mak ayah, tok wan atau moyang akan cadangkan pada hari Khamis kerana hari ini adalah hari pertemuan. Kalau nak tahu banyak lagi marilah kita tambah ilmu melalui pembacaaan buku-buku agama yang banyak tersimpan dalam rak buku di rumah. Kesian...buku-buku tu lamer dah tak disentuh dan dibelai oleh tuan nyer!

Alhamdulillah, hari ini rasa sihat sket, malam tadi sakit badan dan demam pun ader. Ainul Jannah pun tak banyak ragam masuk jer waktu Maghrib, dia dah mengantuk. Cuma abang nyer jer ligat, tak tahu lah malam tadi dia tertido pukul berapa. Bila terjaga malam masa adiknyer merengek, nampak dia dah tergolek kat sebelah adiknyer. Ibu pun rasa menyesal gak bila kenang ader marahkan dia dengan nakal nyer tu petang semalam. Anak tengah nak membesar memang begitu fiil nyer. Ya Allah, ku doakan moga mudah-mudahan anak-anakku ini dalam golongan orang-orang yang soleh, hormat orang tua serta taat pada perintah Allah.Amin.

Pagi ini, si abang lambat bangun dan ayahnya akan hantar nuseri,  aku terus keluar rumah bersama adikknyer. Selepas hantar adiknyer ke rumah pengasuh, aku bergerak ke tempat kerja seperti biasa. Hari ni pun samer, YA RABBI mengapa lah jalan dari Pencala Link turun ke Jalan Duta ni sesak lagi belum apa-apa baru sampai satu km dah jemm yang amat. Aku switch ke jalan Mount Kiara ke Sri Hartamas menuju ke Kerinci Link dan exist Federal Highway. Sabar banyak-banyak...berapalah duit tol bulan ni yang aku dah habiskan kalau tiap pagi camni???? 

Hari ini dah dapat GAJI!! malam nanti kalau tak de hal rasa hati nak bawa anak-anak keluar makan, Insyallah. Lamer dah tak keluar makan sebab ayah terlalu banyak kerja di luar. Tengoklah malam ni kalau ayah boleh susun masa nya sket untuk anak-anak dan isteri tercintanyer ini. Mudah-mudahan Allah izinkan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers