Pages

Wednesday, June 16, 2010

Rindu

Rindu bukan main pada anak lelakiku, Abu Daud Al Hakeem yang sekarang berada nun jauh di Ipoh, Perak. Dia bersama ayahandanya telah pulang ke rumah opahnya. Berat rasa hati ini untuk melepaskan dia pergi pada hari sabtu lepas. Sebolehnya sebagai ibu  tak ingin ku berpisah dengannya seawal begini kerana program ofis ku ke Taman Negara bermula pada 23hb. Jun sehingga 25hb. Jun 2010 depan ni. Adiknyer akan menyusul pada malam hari jumaat ke saner juga. Apalah dayaku...tiada siapa yang dapat menjaga mereka berdua di sini kerana ayahanda pun ada hal ke Terengganu pada masa tersebut.


Seboleh-boleh dalam hati ini, balik nanti dari program tersebut... ku ingin terus pulang ke Ipoh untuk melepaskan kerinduan dan mengambil mereka pulang ke rumah secepat mungkin. Insyallah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers