Pages

Monday, June 21, 2010

Penatnyer...balik dari weekend

Awal pagi Sabtu jam lebih kurang 1.00 pagi kami, gerak ke Ipoh untuk menghantar Ainul Jannah pula. Setelah melalui  tempoh perjalanan yang panjang dengan berhenti-henti sebanyak 4x untuk rehat dan solat subuh, akhirnya dalam pukul 7 pagi kami selamat sampai saner. Abu Daud masih tidur lagi semasa kami sampai. Bila dia tersedar dari tidur, senyum gembiranya sampai ke telinga bila lihat ayah ibu di depan mata. Apa lagi makin menjadilah manjanyer itu hari tu. Tengahari hari itu juga kami sempat ke Batu Gajah, ziarah MIL. Siap bawak durian lagi...sukanyer hati MIL ku dapat makan durian dan aku pun samer gak hehehehe tumpang makan .......muaaah terima kasih sayang (buat cik hubby).

Petang semalam selepas Zohor, kami beransur dari Ipoh pulang ke KL dan selamat sampai sini dekat pukul 12 tengah malam, agak lewat kerana mengikut cik hubby ader hal pasal kerja di Klang. Kami balik ikut Parit-Hutan Melintang-Sabak Bernam-K.Selangor-Klang-Shah Alam-Damansara. Selepas membersihkan diri, terus tidur dan bila bangun pagi ini terasa segar sedikit. Alhamdulillah, kerana pada pagi  hari ini bernasib baik sebab cik hubby berbesar hati dengan rela menghantarku ke opis dengan motor kesayangannyer. Aku terlambat keluar dari rumah kerana ada hal yang tak dapat dielakkan dengan cik hubby pagi ni...(biarlah rahsia). Sebenarnya jam 7.30 pagi lagi aku dah standby nak gerak keluar.

Sampai opis pun on time, terima kasih sayang kerana membawaku dengan penuh berhati-hati di jalan raya. Pastu terus capai telepon Ummi Zila bertanyer khabar anak2anda di Ipoh. Moga keluargaku di saner sihat sejahtera di dalam lindungan dan naungan Allah sentiasa. Hari ini 1st boss n 2nd boss awal-awal ke KKB kerana bermesyuarat. Aku yang tinggal jaga unit kat opis dengan anak2 buah....huhuhuhu!

AnakKu sibuk dengan kreativiti masing-masing

Hari ini sibuk dengan projek di Kerian dan listing barang yang perlu dibawa ke program Team Building di Taman Negara, Hulu Tembeling, Pahang seperti yang dirancangkan pada rabu ini, 23hb. Jun 2010. Tengah fikir-fikir nie nak bawa apa yer ke saner...??? Ini adalah kunjungan ku kali ke 2. First time pergi ke Taman Negara ni pada masa zaman belajar dulu, tahun 3 di UTM. Mesti tempat ni dah banyak berubah kan. Kami dulu nak tak nak terpaksa naik bot panjang yang muat dalam 10 orang selama 3 jam untuk ke  sampai saner...huhuhuhuhu tertido dlm bot dibuatnyer!!!

Tapi sekarang dah boleh sampai dengan bas. Takde lah adventure sangat nanti...tgk lah camner nanti pengisian program ni!!! Aku tak keruan bila diminta bawa torch light dalam aktiviti malam di saner nanti. Ishhhh.....malasnyer nak ikut aktiviti ni..sebab dulu masa student dah ader experienced, kami kena jalan sorg2 pada malam hari. Bengang betul masa tu....eeeeeeeei jgnlah wat cmtu lagi!! 
Pleeeeeeeeeease....lah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers