Pages

Monday, June 28, 2010

Ipoh oh Ipoh

Alhamdulillah, aku berhujung minggu di Ipoh lagi kali ini. Selepas tamatnya 3 hari berkursus di Kuala Tahan, Taman Negara Pahang aku pulang ke KL pada hari Jumaat 25hb. Jun. Kami sampai agak lewat lebih kurang jam 7.30 malam. Sempat juga tunaikan solat jamak taqdim di ofis sebelum pulang ke rumah. Memang penat dan letih malam itu, tapi hati rasa tak sabar untuk berjumpa cik hubby dan anakanda-anakanda di rumah MIL pada esok harinya.

Aku bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bersiap apa yang patut sebelum bergegas ke stesen keretapi KL Sentral. Tiket ke Ipoh telah dibeli awal oleh cik hubby pada hari Rabu sebelum tu. Tren bergerak jam 9.10 pagi dan selamat sampai Ipoh pada jam 12.03 tengahari. Cik hubby datang jemput agak lewat kerana mengagak tren akan sampai jam 12.30 tghari. Tapi apakan dayaku sabar sahaja lah...menunggu!!!

Selepas tu pekena mee kari kat bandar Ipoh, dan siap beli lauk makan tengahari  di rumah MIL nanti. Gembira betul bila dengar suara Abu Daud bila sahaja sampai rumah MIL. Adiknya pula nyenyak tidur. Terjaga sahaja dia terus menangis dengan sedih sgt-sgt bila memandangku berada disisinya. Kesian sungguh anakanda-anakanda sepjg peninggalan aku...huhuhu!

Malam tu cik hubby ke Manjoi, Ipoh kerana ada hal keluarga. Tinggallah aku ngan anakanda-anakanda.Bila selesai hal di saner baru lah dia akan pulang ke rumah MIL untuk mengambil kami 3 beranak balik KL.

Kami bertolak lepas Maghrib dari saner dan sampai KL lebih kurang dalam jam 11.00 malam tadi. Syukur Alhamdulillah...semuanya selamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers