Pages

Tuesday, June 29, 2010

Sayangi Isteri

Tengahari semalam masa break lunch hour aku sempat menyelak dan membaca majalah Wanita bulan Julai 2010  yang ku pinjam dari seorang kawan. Aku tertarik dengan satu artikel di ruangan Kata Lelaki m/s 148 yang berbunyi seperti dibawah;

'Sayangi isteri bagaikan cinta yang baru berputik'

Pertamanya, aku maafkan segala kesalahan dan kesilapan isteriku. Bagi seorang suami kesilapan dan kesalahan isteri yang terbesar adalah apa-apa yang menimbulkan rasa cemburu. Lain-lain kesalahan seperti melawan cakap suami adalah perkara kecil. Begitu juga perbuatan seperti malas masak atau seterika baju.

Bila usia sudah meningkat 50 dan sudah berkahwin 30 tahun, mungkin isteri tidaklah melakukan apa-apa yang boleh menimbulkan perasaan cemburu. Kerana kebarangkalian isteri menarik minat lelaki lain adalah kurang, kecualilah jika dia yang jenis cantik walaupun di usia lewat 40 dan 50. Kalau waktu muda dan baru-baru kahwin tentulah, isteri masih menarik bagi lelaki lain dan dalam hubungan dengan orang lain, ada kalanya boleh menimbulkan rasa cemburu oleh suami.

Maka langkah pertama untuk menghargai isteri ialah maafkanlah apa yang disifatkan oleh suami sebagai kesalahan-kesalahan yang menimbulkan cemburu. Maka penghargaan pertama kepada isteri ialah kerana kesetiaan dalam perasaannya terhadap suami.

Maka selepas itu, langkah kedua untuk menghargai isteri adalah memperbaharui cinta, yang mungkin sudah pudar dimamah zaman. Cinta akan menggerakkan segala-galanya. Cinta akan mengembalikan ingatan kepada apa yang dilakukan oleh isteri, pengorbanannya dan segala kesusahan dalam melayari bahtera rumah tangga. Semua sekali, baik yang besar-besar, termasuk kewangan, mahupun yang kecil seperti seterika baju atau mengiakan kata-kata suami kerana untuk menjaga hati.

Suami mesti memiliki pelbagai kekurangan dan isteri terpaksa menyesuaikan diri. Maka penyesuaian diri inilah yang wajar suami hargai.

Dalam menguruskan rumah tangga setiap hari, bertahun-tahun, mungkin suami terlupa atau sudah dianggap lumrah apa yang dilakukan oleh isteri, maka detik-detik pada tarikh-tarikh tertentu, wajarlah raikan isteri sebagai penghargaan kepadanya...

Di akhir tulisannya...

Hargai isteri dengan memberikan kebebasannya. Cinta tidak boleh dipaksa-paksa, biar dia datang sendiri bukan kerana takut pada suami atau takut suami pergi. Biar cinta ikhlas yang datang, kemudian semuanya akan menjadi lebih indah. Tetapi tentunya cinta perlukan usaha. Ia kerja berat. Hanya dengan kesungguhan dan keikhlasan, cinta dapat berputik pada isteri. Dengan cinta, barulah mudah bagi suami untuk menghulurkan pemberian. Wang dan harta benda.'

Ini adalah luahan kata salah seorg lelaki bergelar suami. Apa pula komen dari si isteri-isteri tentang artikel ini. Tak kira lah isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat...mesti tak sama pandangan kan.
Bagi aku ada betul juga kata penulis ini. Masing-masing mestilah saling bertolak ansur, saling faham-memahami, tolong menolong, kasih mengasihi, sayang menyayangi, cinta mencintai dan banyak lagi atitude positif untuk menbajai hubungan kita suami isteri. Bagaimana layanan baik dan lembut sang isteri bila suaminya tidak sihat begitu jugalah sebaliknya.

Okey. Sama-samalah kita renung-renungkan.....
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Followers