Pages

Wednesday, July 27, 2011

Puasa Hari Ini

Assalamamualaikum...

Sebelum tu nak cerita pasal sardin malam tadi. Balik jer keje, kat pukul 6ptg keluar ofis terus meredah jemm di Jalan Duta. Sempat singgah kedai runcit beli sardin cap ayam tin paling kecik, mak aii mahal nyer RM3. Punyer lama tak beli, baru lah tahu harganya dah tak serupa dulu. Balik masak ala-ala cara mak masak tapi bubuh cili sket jer takut pedas sangat dan hidang kat anak-anak pas solat maghrib. Alhamdulillah, lega rasa nyer dapat merasa gak lauk sardin nie. Yang si abang makan ikan aje, tak tahan pedas. Adik nyer lah suka makan sampai berpeluh-peluh bersulam dengan air masak. Suka makan pedas rupanyer anak dara aku yang sorang nie. Hari minggu lepas dah perasan sebab pagi tu beli nasi lemak, bagi dia makan nasi sahaja tapi dia tukar pinggan dengan abangnyer. Dia makan nasi dengan sambal sekali. Nampak rileks jer dia makan. Senang lah ibu nak sediakan makanan lepas nie bila dia tak kisah pedas sket.

Hari ni puasa ganti, mungkin tinggal lagi 3 hari sebab lupa berapa hari semuanyer, extra kan lagi satu hari. Sebab period datang 1st day awal dan hujung ramadan. Alhamdulillah, ader rezeki tapau wat balik makan buka puasa malam nie. Lauk ikan bakar, udang masak cili api kot dan ayam masak merah. Tapi singgah jugak lah pasar malam petang nie beli apa yang patut untuk masak esok dan lusa. Mungkin nak masak gulai daging. Apa pun syukur banyak pada Allah, sebab dah nak masuk ramadan. Boleh doa selalu tiap malam untuk diri, anak-anak dan keluarga. Serta rezeki bulan puasa yang melimpah ruah..pasar ramadan sana sini, senang nak cari makan apa yang diingini kelak.

Tapi tak lupa air tangan ibu penting untuk mengeratkan kasih sayang serta pembesaran anak-anak yang seimbang. Kena lah fikir menu-menu yang sesuai. Semalam tanyer abang nyer, "sedap tak ibu masak?". Jawabnyer.."sedappp...!" Macam tu lah anak ibu..pandai puji ibu supaya rajin-rajinlah masak selalu.

2 comments:

  1. saya pun kena rajin2 masak lepas ni kak...dah x de alasan lagi lewat balik ^_^

    ReplyDelete
  2. A'ah lah. Seperti kita sekarang sentiasa rindu untuk merasa lagi masakan ibu yang berjauhan dengan anak2 yg dah berumahtangga atau bujang. Berkat air tangan ibu, anak2 tak lupa asal usulnya...Insyaallah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Followers