Assalamualaikum..
Share dari fb Ustaz Zahazan Mohamed
3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.
Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).
... اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.
Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).
اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya
p/s : Amalan kita untuk keberkatan ilmu anak2...
Wednesday, November 02, 2011
Monday, September 19, 2011
Dugaan
Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon ampun dan maaf andai ada salah silap ketika berbicara mahupun perbuatan yang menyinggung perasaan serta halalkan mana yang termakan dan minum.
Syukur pada Allah kerana tahun ini berpeluang berhari raya di rumah mak bersama adik-beradik yang lain, di Terengganu. Walau bagaimanapun, masih tidak berkesempatan pulang menziarah mertua di Ipoh, Perak kerana suami masih tidak sihat.
Dugaan...
Bila kita bersangka baik tentang sesuatu perkara atau melibatkan hubungan dengan org di sekeliling, mengapalah ada saja yg mengganggu dan bermain di fikiran ini. Istighfar... Astaghfirullah berulang kali. Kiranya ia terjadi sekali dua hati senang mengganggap ia hanya kebetulan atau tidak disengajakan. Telah cuba yang terbaik untuk memberi segala kebaikan. Tapi bagaimana jika ia sentiasa berulang kali pada tiap-tiap kali pertemuan..tak mungkin hati ini tak terdetik apa2 di fikiran. Haruskah berbuat begini untuk membezakan siapa di antara kita. Hati ini begitu mudah rasa terhiris dan tersentuh apalagi menangisi. Setiap yang kita rencanakan tapi Allah yang menentukan. Mungkin ada hikmah Allah di sebalik situasi ini yang perlu kita renungi dan dalami sedalam-dalamnya agar tidak tidak menyinggung perasaan serta sensitiviti sesiapa. Sesuatu yang orang biasa dengannya tak mungkin orang lain pun biasa menerima. Ibarat rambut sama hitam, hati lain-lain. Sedar siapa diri ini..ku cuma hambaMu Ya Allah. Kau berikanlah ku kekuatan dan ketenangan dalam diri ini untuk mendatangi dugaan dan ujianMu ini...ameen.
Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.
Wednesday, July 27, 2011
Puasa Hari Ini
Assalamamualaikum...
Sebelum tu nak cerita pasal sardin malam tadi. Balik jer keje, kat pukul 6ptg keluar ofis terus meredah jemm di Jalan Duta. Sempat singgah kedai runcit beli sardin cap ayam tin paling kecik, mak aii mahal nyer RM3. Punyer lama tak beli, baru lah tahu harganya dah tak serupa dulu. Balik masak ala-ala cara mak masak tapi bubuh cili sket jer takut pedas sangat dan hidang kat anak-anak pas solat maghrib. Alhamdulillah, lega rasa nyer dapat merasa gak lauk sardin nie. Yang si abang makan ikan aje, tak tahan pedas. Adik nyer lah suka makan sampai berpeluh-peluh bersulam dengan air masak. Suka makan pedas rupanyer anak dara aku yang sorang nie. Hari minggu lepas dah perasan sebab pagi tu beli nasi lemak, bagi dia makan nasi sahaja tapi dia tukar pinggan dengan abangnyer. Dia makan nasi dengan sambal sekali. Nampak rileks jer dia makan. Senang lah ibu nak sediakan makanan lepas nie bila dia tak kisah pedas sket.
Hari ni puasa ganti, mungkin tinggal lagi 3 hari sebab lupa berapa hari semuanyer, extra kan lagi satu hari. Sebab period datang 1st day awal dan hujung ramadan. Alhamdulillah, ader rezeki tapau wat balik makan buka puasa malam nie. Lauk ikan bakar, udang masak cili api kot dan ayam masak merah. Tapi singgah jugak lah pasar malam petang nie beli apa yang patut untuk masak esok dan lusa. Mungkin nak masak gulai daging. Apa pun syukur banyak pada Allah, sebab dah nak masuk ramadan. Boleh doa selalu tiap malam untuk diri, anak-anak dan keluarga. Serta rezeki bulan puasa yang melimpah ruah..pasar ramadan sana sini, senang nak cari makan apa yang diingini kelak.
Tapi tak lupa air tangan ibu penting untuk mengeratkan kasih sayang serta pembesaran anak-anak yang seimbang. Kena lah fikir menu-menu yang sesuai. Semalam tanyer abang nyer, "sedap tak ibu masak?". Jawabnyer.."sedappp...!" Macam tu lah anak ibu..pandai puji ibu supaya rajin-rajinlah masak selalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

