Pages

Monday, December 12, 2011

Cuti-Cuti Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada musim cuti sekolah ini,  kami sekeluarga dan MIL berkesempatan untuk berkunjung ke Taiping serta menikmati mee udang di Kuala Sepetang pada 2hb Disember yg lalu. Manakala pada esok harinya, memanjangkan kaki memanjat bukit melihat panorama indah dan sejuk di Cameron Highlands. Kami cuma berkesempatan singgah di Kea Farm, Brinchang sahaja kerana kesuntukan masa oleh sebab pergi balik hari. Sampai sana jer masuk waktu Zohor serta pulang ke Ipoh selepas Maghrib. Q panjang bagi mereka yg dtg lewat petang dari arah Simpang Pulai. Berkesempatan utk snap beberapa gambar..tapi belum download lg kat desktop. So..just leh tgk pic credit dr www.cameronhighlands.com. 

Pulang dari Ipoh, Bahagian tempat saya bekerja bermesyuarat pula di Hotel Impian, Morib, Banting, Selangor.  Angkut en. hubby dan anakanda2 sekali. Tempatnya memang menenangkan dan sesuai untuk family aktiviti. Apa lagi mandi di kolam renang lah! Pagi dan petang turun...jenuh ibu menunggu kat atas. Kalau ada ruang masa memang nak dtg lagi sini...memang berbaloi utk yang berkeluarga.

Wassalam

p/s: gambar-gambar download kemudian ok.

Friday, November 04, 2011

Rindu...nyer!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat rahmat Allah s.w.t kerana diberikan kesejahteraan, nikmat2 yg banyak serta kekuatan dan usia untuk bertemu lagi di pagi Jumaat yang mulia ini.

Apa pun didoakan semoga saudara, teman2 dan pegawai2 sepejabat serta semua muslimin dan muslimat yg sedang menunaikan haji pada tahun ini dikurniakan haji mabrur serta diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan di mekah. Saat ini mungkin sedang bersiap bertolak ke Mina untuk wukuf...insyaallah.

Di kala ini kita di sini yg tidak menunaikan ibadat haji digalakkan memperbanyakkan istighfar, selawat dan memohon keampunan dari Allah s.w.t. Sekiranya berkemampuan disunatkan berpuasa pada 1-10 zulhijjah atau mengerjakan ibadah korban.

Raya Haji dah makin dekat...lagi tinggal sehari. Rindu...lah rasa kat mak di kampung. Esok pagi, kami balik  beraya di Ipoh. Telefon...ajak mari kl. Tapi mak tak mahu pulak. Lebih tenang katanya di rumah kat kg. Ini lah rumah kami kat tepi Sg. Marang...sungguh menenangkan hati.

pandangan dari beranda rumah kampung kami

Selalunya waktu pagi dan petang...dengan angin China Selatan sepoi-sepoi masuk ke kuala sungai menyejukkan suasana hari dengan aliran air laut yang pasang surut keluar masuk.

Kami punya satu lagi rumah dekat tepi jalan K. Berang selepas S.K Bkt. Sawa. Tapi hati mak tetap tenang di sini. Senang nak pergi kedai atau pasar dgn berjalan kaki shj. Mana tidaknya, tempat kami membesar selepas pemergian ayahanda tercinta menyambut seruan Illahi. Sebelum ni kami dibesarkan di Kuantan, pindah kat sini awal tahun 1992. Adik bongsu masa tu nak masuk umur 8 thn, naik tahun 2. Kesian dia, kehilangan kasih ayah yg sekejap sgt dia merasa. Sekarang ni Alhamdulillah, dah besar pjg dan menjadi jugak spt anak2 org lain. Insyaallah akan nikah pun dia pd bulan Mac 2012. Semua ini, berkat doa dan asuhan mak selama ini..tak terbalas rasanyer jasa mereka berdua.
Hajat hati mungkin nak balik bercuti ke kampung dalam bulan 12 nie... tapi tengok dulu cmner timetable en. hubby.  Syor dah disampaikan, tunggu kata putusnya sahaja. Semoga dipermudahkan Allah.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ishtigfar dan bertakbir ramai setiap kali selepas solat fardu...semoga kita dibawah lindungan dan diberkatiNya. Ameen...

Si gadis comel dengan sandalnyer semasa pagi raya puasa
 di rumah nenek nyer itu...mengamit memori

p/s: selagi hayat dikandung badan jgn lupa asal usul kita

Wednesday, November 02, 2011

Doa Untuk Anak

Assalamualaikum..

Share dari fb Ustaz Zahazan Mohamed


‎3 Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah


اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



... اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ.

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya


p/s : Amalan kita untuk keberkatan ilmu anak2...




Monday, September 19, 2011

Dugaan

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon ampun dan maaf andai ada salah silap ketika berbicara mahupun perbuatan yang menyinggung perasaan serta halalkan mana yang termakan dan minum.

Alhamdulillah...berjaya berpuasa penuh pada Ramadan kali ini. Moga-moga Allah memberkati dan mengurniakan limpah rahmatNya serta menambahkan keimanan dalam kehidupan ku sekeluarga.

Syukur pada Allah kerana tahun ini berpeluang berhari raya di rumah mak bersama adik-beradik yang lain, di Terengganu. Walau bagaimanapun, masih tidak berkesempatan pulang menziarah mertua di Ipoh, Perak kerana suami masih tidak sihat.

Dugaan...
Bila kita bersangka baik tentang sesuatu perkara atau melibatkan hubungan dengan org di sekeliling, mengapalah ada saja yg mengganggu dan bermain di fikiran ini. Istighfar... Astaghfirullah berulang kali. Kiranya ia terjadi sekali dua hati senang mengganggap ia hanya kebetulan atau tidak disengajakan. Telah cuba yang terbaik untuk memberi segala kebaikan. Tapi bagaimana jika ia sentiasa berulang kali pada tiap-tiap kali pertemuan..tak mungkin hati ini tak terdetik apa2 di fikiran. Haruskah berbuat begini untuk membezakan siapa di antara kita. Hati ini begitu mudah rasa terhiris dan tersentuh apalagi menangisi. Setiap yang kita rencanakan tapi Allah yang menentukan. Mungkin ada hikmah Allah di sebalik situasi ini yang perlu kita renungi dan dalami sedalam-dalamnya agar tidak tidak menyinggung perasaan serta sensitiviti sesiapa.  Sesuatu yang orang biasa dengannya tak mungkin orang lain pun biasa menerima. Ibarat rambut sama hitam, hati lain-lain. Sedar siapa diri ini..ku cuma hambaMu Ya Allah. Kau berikanlah ku kekuatan dan ketenangan dalam diri ini untuk mendatangi dugaan dan ujianMu ini...ameen.

Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.




Wednesday, July 27, 2011

Puasa Hari Ini

Assalamamualaikum...

Sebelum tu nak cerita pasal sardin malam tadi. Balik jer keje, kat pukul 6ptg keluar ofis terus meredah jemm di Jalan Duta. Sempat singgah kedai runcit beli sardin cap ayam tin paling kecik, mak aii mahal nyer RM3. Punyer lama tak beli, baru lah tahu harganya dah tak serupa dulu. Balik masak ala-ala cara mak masak tapi bubuh cili sket jer takut pedas sangat dan hidang kat anak-anak pas solat maghrib. Alhamdulillah, lega rasa nyer dapat merasa gak lauk sardin nie. Yang si abang makan ikan aje, tak tahan pedas. Adik nyer lah suka makan sampai berpeluh-peluh bersulam dengan air masak. Suka makan pedas rupanyer anak dara aku yang sorang nie. Hari minggu lepas dah perasan sebab pagi tu beli nasi lemak, bagi dia makan nasi sahaja tapi dia tukar pinggan dengan abangnyer. Dia makan nasi dengan sambal sekali. Nampak rileks jer dia makan. Senang lah ibu nak sediakan makanan lepas nie bila dia tak kisah pedas sket.

Hari ni puasa ganti, mungkin tinggal lagi 3 hari sebab lupa berapa hari semuanyer, extra kan lagi satu hari. Sebab period datang 1st day awal dan hujung ramadan. Alhamdulillah, ader rezeki tapau wat balik makan buka puasa malam nie. Lauk ikan bakar, udang masak cili api kot dan ayam masak merah. Tapi singgah jugak lah pasar malam petang nie beli apa yang patut untuk masak esok dan lusa. Mungkin nak masak gulai daging. Apa pun syukur banyak pada Allah, sebab dah nak masuk ramadan. Boleh doa selalu tiap malam untuk diri, anak-anak dan keluarga. Serta rezeki bulan puasa yang melimpah ruah..pasar ramadan sana sini, senang nak cari makan apa yang diingini kelak.

Tapi tak lupa air tangan ibu penting untuk mengeratkan kasih sayang serta pembesaran anak-anak yang seimbang. Kena lah fikir menu-menu yang sesuai. Semalam tanyer abang nyer, "sedap tak ibu masak?". Jawabnyer.."sedappp...!" Macam tu lah anak ibu..pandai puji ibu supaya rajin-rajinlah masak selalu.

Tuesday, July 26, 2011

Sardin oh Sardin

Assalammualaikum...

Dalam 2, 3 hari nie teringin nak makan lauk sardin dengan nasi panas-panas. Tengoklah petang nie rasa cam nak singgah kedai runcit kat depan masjid Sg. Penchala. Beli tin kecik pun jadilah. Actually, bila dah berfamili kami nie dah tak amal makan ikan sardin tin sebab nak elak kesan chemical. Tapi dah teringin sangat nak makan sebab teringat masakan sardin yang mak masak masa kami adik-beradik kecik dulu2. Kecur rasa air liur...hehehehe.

Habis nak wat camner...pembawaan budak.

Thursday, July 21, 2011

Doa Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah,
Peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah, anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal soleh.

Ya Allah ,
Panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

Ameen...

Friday, July 08, 2011

Test Untuk Kepastian

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Awal pagi tadi terjaga dari tidur sbb terdengar en. hubby baru balik dari jumpa kawannya di Puchong. Lalu kemas rumah dan dapur sket dan tergerak hati untuk buat urine pregnancy test sebelum solat dan sambung tidur balik. Yelah risau jugak sebab hari dah nak masuk 38 hari since 1 day period bulan Jun lepas. Nak tahu result yg keluar nya apa...jeng3! Cuba anda teka...

Memang terang 2 line jelas kelihatan pada pregnancy test kit tu...syukur Alhamdulillah, rezeki Allah. So, ibu perlu jaga diri, makan dan pantang larang org mengandung. Semuanya lah...yang biasa kita jaga walaupun masa tak mrngandung. Seperti adat dengan suami, ibu bapa, mertua, adik beradik,teman dan semua yg dekat dan jauh dgn kita, hati selalu bersangka baik dengan semua org, perbanyakkan membaca ayat2 Al-Quran serta banyak lagi lah...yang orang-orang tua pesan nak kena peringat balik. Dalam hati happy sangat2..insyallah.Doa-doakan agar ibu dan anak ini selamat dan dipermudahkan oleh Allah.

Semoga kehidupan kami sekeluarga akan bertambah barakah dengan kehadiran seorang lagi anak dan adik buat Abu Daud dan Ainul Jannah. Ameen...:))

Thursday, July 07, 2011

KPI Kita Tiap Hari!

Assalamualaikum...

Tengahari ini sempat menghadirkan diri dalam majlis tazkirah untuk menghayati peristiwa Israk Mikraj, anjuran bahagian kami di opis. Ustaz yang dijemput turut menceritakan tentang bagaimana syariat solat bermula. Di sini aku amat tertarik dengan petikan kata-kata beliau tentang KPI dan pencapaian kita terhadap tugasan sepanjang dan setiap tahun walau di mana kita bekerja samada gomen atau private company. Yelah, ia menyentuh tentang bab2 prestasi lah, cam boss akan nilai anak buah nyer efficient atau tak. Lembap ke dan sewaktu dengan nyer.

Begitulah sebaliknya KPI kita dengan ALLah setiap hari. Jagalah solat 5 waktu anda...! Dalam solat 5 waktu, kita beri rank atau pemberat, contohnya antara 1 hingga 10. Cuba kita amati tiap hari waktu bila kita tunai solat...awal waktu, tengah, atau hujung waktu. Kita sendiri lah beri rank dan cuba nilai sendiri tahap kita. Dah tentu ALLAH akan kata kita tak perform...tapi Dia Maha Pengasih dan Penyayang masih memberi ruang untuk kita memperbaiki segala kelemahan dalam bab iman, amal dan kehidupan kita.

Alhamdulillah, dari majlis ini sedikit sebanyak dapat memperingatkan diri untuk berazam mencapai KPI kita ini pada Allah setiap hari. Kerana bab solat lah yang pertama ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Teman-teman semua marilah kita renung-renungkan bersama...

Cerita Apa?

Assalamualaikum.

Balik kerja petang semalam agak lambat jugak punch card. Keluar jer parking kat bangunan UOA Damansara dan terus gerak pulang untuk ambil anak-anak di nuseri dulu sebelum balik ke rumah. Lebih kurang dalam pukul 6 ptg lah sampai rumah dengan anak-anak. Ayahnyer sampai awal sket walaupun petang semalam hujan renyai dan jalan jadi sesak.

Seperti biasa ibu akan buka TV channel TV9 supaya anak-anak boleh standby tengok cerita Upin-Ipin jam 6.30ptg nanti. Masa tu drama Indon Nikita belum abis lagi. Ayah pun muncul dari dapur sbb pintu depan dia tak selak supaya kami anak beranak senang masuk. Pas bagi salam semua, ayah pun bertanyer pada si abang yang mula leka tengok tv.  Bunyinyer begini lah...

Ayah : "Abu Daud tengok cerita apa ini?"
Anak : " Tengok cerita cinta, ayah".
Ayah : *#@+!-

Huhuhu...maner si abang ni tahu pasal cinta-cinta nie...aduh! Padahal umurnyer baru nak masuk 4 tahun bulan 8 nie. Ishh3...Anak2 zaman sekarang, cepat betul!

Monday, July 04, 2011

Hari Temuduga...!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..temuduga untuk sambung belajar berjaya diadakan di Ibu pejabat, Jalan Cenderasari, KL pada pagi Jumaat lepas. Semoga niat baik ini dipermudahkan dan diberkati Allah. Keputusannya akan dihantar oleh pihak JPA kemungkinan pada bulan Ramadhan. Insyaallah berkat bulan puasa.

Seribu rahmat dari Mu Ya Allah, Kau kurniakan buat insan biasa sepertiku. Syukurku tidak putus2 pada Mu Ya Allah. Alhamdulillah...

Friday, June 24, 2011

Rezeki Allah Berlipat Ganda - Temuduga Sambung Belajar

Assalamualaikum,

Petang semalam selepas waktu makan tengahari, terima surat atas meja untuk pergi ke temuduga bagi permohonan kemudahan hadiah latihan persekutuan sesi 2012 bagi pengajian sarjana yang dipohon baru2 ini. Alhamdulillah...syukurku banyak2 padaMu Ya Allah! Begitu banyak Allah permudahkan segala kesulitan dan melapangkan rezeki kami sekeluarga. Ini semua berkat doa kalian semua...yg tak dapat saya nyatakan di sini. Mudah-mudahan kita sentiasa di bawah naungan Allah s.w.t. Syukran..!

Tarikh temuduga nyer pada 30 Jun 2011, Khamis depan nie pada jam 2.30-4.30 ptg. Terdapat 4 calon yg telah berjaya disenarai pendek, walau pun pada makluman yg saya dengar mmg ramai juga yang menghantar permohonan pada tahun ini. Pada kawan2 yang tak berjaya, jgn putus asa cuba lagi pada tahun depan. Insyaallah...ada rezeki kawan2 nanti cuma sesi pengajian shj yg berbeza.

Sekarang sedang berusaha mencari maklumat dan bahan persiapan untuk ke temuduga tersebut...fuhhh rasa gugup jugak takut tersalah cakap.

Ya Allah, Kau permudahkan urusan ku ini kerana pada Kau sahaja tempat ku berharap. Ameen...

Rezeki Allah Kenaikan Pangkat

Assalammualaikum...

Syukur ...Alhamdulillah, secara rasmi telah menerima surat dari pentadbiran tentang kenaikan pangkat (memangku) bermula pada 15hb. Jun 2011 dan ditempatkan di Bhgn. Penyelidikan dan Pembangunan (RnD), Bangunan UOA, Jln. Semantan, Damansara.

Dengan hati yang berat dan sedih terpaksa meninggalkan teman2 sepejabat di Wisma Tun Sambanthan. Tiada lagi teman2 minum dan teman2 sembang bg melepaskan kebuntuan kesibukan kerja dan keresahan di hati. Banyak kenangan, suka duka, manis dan kelakar di sini yg akan disimpan dalam ingatan sampai bila2. Redha dengan ketentuan Allah...setiap pertemuan ada perpisahan. Jasa baik kalian akan sentisa dikenang...Jazzakallah khairan.

Secara rasmi juga telah melapor diri kepada pengarah RnD pada 15hb Jun bersama 3 lagi pegawai yang lain. First immpression ofis ini kelihatan begitu korporat sekali cuma kelemahan nyer sistem parking yg mahal rm3/jam dan penguatkuasa dbkl yg aktif membuat rondaan bagi mengkompaun atas kesalahan parking. Ini yang jadi masalah dan rintangan bekerja di sini yg buat sesetengah pegawai di sini panas tak senang duduk.

Ditempatkan di Unit Metodologi Perancangan di bawah Pn. Shamsaini... seorang pegawai yg banyak pengalaman dan ilmunya...Alhamdulillah. Sekarang nie tengah ambil masa untuk belajar menyesuaikan diri dgn suasana dan cara kerja di tempat baru ini...Insyaallah.

Cuti Sekolah Datang Lagi Siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sambungan siri lepas nie, nak citer plak hari kedua...bercuti. Pas solat fardu zohor, kami sekeluarga ziarah kawan kerabat en. hubby di Jenagor, Kuala Berang. Ia sebenarnya sebuah tempat beramal salah seorg tokoh ulamak terkenal zaman penyebaran Islam di Trg....terlupa pulak namanyer tapi makam nyer ada di sini. Dikenali sbg 'desa' oleh kaum kerabat en. hubby krn ia telah di set-up semula oleh NGO untuk membantu penagih dadah kembali ke pangkal jalan menggunakan kaedah Islam seperti beramal dan zikir. Untuk sampai di saner kami stop di pangkalan utk menyeberang Sg. Trg dgn menaiki sebuah bot. Tempatnyer mmg mendamaikan hati...dgn air sungai yg jernih dan rumah2 kecil dan sebuah surau tempat berjemaah di tgh2 nyer. En. hubby mengambil peluang menziarahi pusara kawan kerabatnya yg byk mengorbankan kepentingan diri dan keluarga demi  mencari keredhaan Allah dgn beramal dan mengasas desa ini iaitu arwah Pak Harris...selain dari menziarah makam tokoh ulamak terkenal di situ.

Terdapat 4 keluarga yang kehidupannya amat sederhana lagi zuhud mendiami kawasan itu selain dari sufah2 yang masih dalam perhatian pemulihan. Semuanya, Alhamdulillah baik-baik belaka. Anak2 kecil yg tinggal di situ mandi sungai dgn riang sekali dan terus menarik perhatian abu daud dan adiknyer utk mandi sama. Apa lagi ayah lah yg kena teman anak2 saat mandi ini  kerana airnya berarus walaupun cetek dan jernih.

Masuk waktu maghrib kami bersegera mengucapkan salam pada penghuni2 desa dan pulang pangkalan di seberang sungai saner serta segera mencari masjid berdekatan utk solat fardu maghrib. Sampai rumah kakak malam tu dalam pukul 9mlm++.

Keesokkan pagi nyer, bawa anak2 dan anak2 buah mandi sungai di rumah nenek plak. Pas masuk waktu zohor, balik rumah kakak bersiap utk solat dan ke Pasar Payang,Kuala Terengganu.

Pas maghrib kami mengucapkan selamat tinggal kpd keluarga kakak dan ke rumah mak untuk bertemu beliau sebelum bertolak pulang ke KL. Sampai home sweet home dalam pukul 3pagi..terus punggah brg2 keluar dan bersiap sikit kerana esok pagi adalah hari kerja...huhuhuhu!!

Apa pun nak bagi kredit dan ucapan terima kasih banyak2 buat en. hubbyku atas kesudiannya melapangkan masa serta memahami keinginan hati isterimu ini yg begitu rindu untuk pulang ke kg setelah sekian lama sejak bercuti pjg di saner sebelum hari krismas yg lalu...luv u!

Friday, June 10, 2011

Cuti Sekolah Datang Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cuti sekolah pertengahan tahun ini telah bermula selama 2 minggu pada 28hb. Mei sehingga 5hb.Jun 2011. Petang Jumaat 27hb. Mei, selesai waktu kerja dan selepas solat Asar kami sekeluarga awal2 bertolak pulang ke kampung saya di Terengganu. Lebih kurang pukul 5.30ptg. En. Hubby mengantuk amat sangat dalam pukul 8.00 mlm lebih, so kami berhenti rehat di stesen petrol Petronas, Karak sebelum plaza tol di Bentong. Dalam pukul 10mlm kami bergerak semula dan sampai rumah mak dalam pukul 3 pagi. Alhamdulillah selamat sampai jua walau pun lambat. Lepas tu dlm jam 3 pagi, adik lelaki saya sekeluarga pulak  sampai dari bangi, katanya dia gerak dr rumah jam 11mlm. Begitu juga, adik perempuan bungsu, yg dah berkeluarga dan mengikut suaminyer seorg cikgu menetap di Felda Chini. Oleh kerana ramai yg balik rumah mak time cuti ni, kami bermlm di rumah kakak yg tak jauh dari situ. Pas subuh, masing2 ketiduran kerana keletihan.

Aktiviti hari pertama 28hb. Mei bermula selepas zohor, ziarah mak dan makan2. Pada tengahari itu, abang sulung dr Bangi pun balik juga rumah mak bersama familinyer selepas menghantar puteri sulungnyer mendaftarkan diri di Uitm, Dungun. Bercuti hingga hujung weekend katanyer. Malam pulak, ke bandar KT. Belanja kakak sekeluarga makan dan anak2 main di pesta ala2 permainan yg terdpt di tmn tema atau di Times Square. Very limited tapi mahal yg amat. Nak masuk dah kena byr token rm4 adult, rm2 kid...belum lagi byr token2 utk main mcm2 mainan kt situ yg paling murah pun 3 token x rm2 = rm6 sorg tak kira dewasa atau anak2....huhuhuhu teruk betul. Mengapalah mahal bebenor...! Anak2 nampak gembira sgt. Tapi takpelah sekali sekala.

Bersambung...daaa


Tuesday, May 24, 2011

Sambung Belajar?

Assalammualaikum...

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan bagi sesi 2012 telah dikeluarkan pd 25 April lalu dan tarikh tutupnya 23 Mei..semalam. Aku sempat menghantar permohonan secara online di website JPA. Cadangnya sambung master  secara coursework dlm bidang kejuruteraan, pengkhususan Remote Sensing dan GIS di UPM. Entah camner tahun ini aku berminat pulak nak apply.

Sekarang nie tengah bertungkus lumus menyiapkan kertas cadangan utk dihantar ke Seksyen Sumber Manusia pada atau sebelum 3 Jun 2011. Temuduganya  berkemungkinan akan diadakan dlm bulan Julai ini. Berdoa dan ikhtiar moga2 usaha ku ini berjaya...Insyaallah.

Nikmat Allah Yang Banyak

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu aku bersyukur byk2 kepada Allah s.w.t atas limpahan dan kurniaan Nya yang begitu banyak pada ku dan keluarga selama ini. Alhamdulillah, aku telah mendapat berita baik minggu lepas sehari sebelum cuti hari wesak, tentang namaku telah tersenarai dalam kenaikan pangkat yg dijangkakan pada pertengahan Jun ini. Namun begitu aku juga akan ditukarkan ke bahagian lain yg bertempat di ofis bangunan UOA di Jln Semantan, KL. 

Berita gembira ini ku terima bercampur sedih kerana akan terpaksa juga menghadapi saat2 berpisah dgn rakan2 di sini tidak lama lg. Entahlah...hati lebih tenang dn bahagia di sini. Bukan kerana gusar bebanan kerja akan bertambah di sana tapi bila terdengar masalah 'dealing of people' di bahagian tersebut membuat ku tak senang duduk. Semoga aku ditempatkan di bawah ketua unit yg baik2 dan memahami dan berdedikasi. Ameen...

Thursday, April 28, 2011

Perasaan Hati Orang

As salam.

Bila ader org minta tolong dgn kita tapi kita belum tahu boleh bantu atau tak pada hari dimintanyer, kita dah jawap dan bagi alasan ikut sedap hati. Mengapa dan kenapa? Wajar kah kita persoalkan situasinya mengapa perlu lakukan semua itu padahal kita tahu dia tiada pilihan lain yang terbaik utk diri dan jagaannya. Susah sangat kah untuk beritahu nya, InsyAallah..tak perlulah kita beri alasan yg sekian2 hari bulan, kita ader hal ini hal itu...Wahai teman, semua ini akan berlaku dengan izin dan kuasa Allah s.w.t.

Jawapan mudah dan menyakitkan hati memang senang kita bagi org tanpa memikirkan perasaannya. Berhati-hati lah bila berkata walau pun kita ini pandai bermadah pujangga. Ingatlah pesan org2 tua dulu terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa" atau "kerana santan pulut binasa".

Semua nasihat ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara kita supaya hal2 yg kecil ini tidak menjadi  bara pada hari ini dan api pada kemudian hari. Maka akan bertambah tawar hambarlah kehidupan ini...

Bukankah kemanisan dan ketenangan hidup di dunia dan akhirat yg kita cari...???

Tuesday, April 19, 2011

E-Filing LDHN

As salam.

Hajat hati hari ini nak settle kan isi E-Filing secara online, tapi password plak dah lupa sbb setahun sekali jer kita guna. Cuba gak retrieved password lama dgn berbagai angka tapi hasil nyer zero...so tak dapek eden nak nolong. Terpaksa jugaklah lelain kali gi bangunan KWSG, Jln Kg. Attap kat seberang jalan saner... tapi tak tahu bila plak nk pergi dlm 2 minggu nie.huhuhuhu....!

Susah-susah sangat telepon jer adminstrator laman web. LDHN tu. Malaslah pulak sabor jelah... ishhh apa jadi dgn aku hari ni? Macam maner nak buat nie klu duk lagu nie ???

Takpelah azam hari ini set target date siap by khamis 21hb April nie...janji dgn teman di opis gi sekali ke saner. Lagi cepat dan mudah guna diaorg punyer PC n direct to server.

Teman-teman kat luar nie dah siap ke isi borang thru E-Filing?

Wednesday, April 13, 2011

Demam Lagi Anak Ibu Ini...

As Salam,

Hari Isnin lepas, Abu Daud memang dah hint ibu nyer yang dia sakit kepala. Ibu hantar juga dia dan adiknya ke tadika dan nuseri seperti biasa. Di ofis bila nak time lunch ibu sedikit terasa risau tentang keadaan Abu Daud. Oh! memang dia nak demam hari tu, pasal tu dia meragam sket. Petang tu, ibu tgk dia tak sihat sgt dgn demam dan muntah. Oleh sebab tu, ibu bagi perhatian lebih sket untuk si abg...tapi adik pulak yg merajuk marah2 ibu tak layan sgt dia...huhuhu anakanda-anakanda ku ini dah pandai berebut kasih!  

Semalam. Selasa. Ibu terpaksa ambil emergency leaved sebab Abu Daud masih demam, sakit kepala dan muntah-muntah lagi. Terbaring jer kat depan tv...nk kartun katanyer tapi tak tengok pun cuma psg ambik syarat. Tak boleh makan dan minum semua akan dimuntahkan balik. Bila dah nak petang baru dia kuat dan mahu bangkit, pas mandi dia segar sket. Minta minum dan makan nasi sket... Alhamdulillah. Allah makbulkan doa Ibu...syukran.

Ayah lambat balik...Abu Daud dah pandai bertanya...ibu cuma pujuk dia supaya tidur dulu, nanti bila bangun ayah dah balik rumah.

Pagi ni kena tgk mood dia...nak ke tadika tak. Jadi ibu hantarkan dan siapkan dia di nuseri dan hantar depan sampai pintu tadika...baru dia senyum pagi2 nie. Kakak pembantu di nuseri nak mandi dan hantarkan dia tapi dia tak mau langsung cuma sempat makan bubur beberapa suap di situ ...ibu sentiasa sabar menunggumu anak ku sayang...cepatlah sembuh!

Monday, April 04, 2011

Belum Ader Rezeki lagi...

As salam. Hari ini Isnin. Pagi ini Alhamdulillah semua berjalan lancar tiada jemm atau punch kad lewat.

Jawapan untuk entry sebelum ini 'Pregnant Lagi?' aku dah tahu. Huhuhu...bermula dari hari Khamis aku dah rasa sakit cam period heavy sama sakitnya seperti masa sebelum keguguran dulu (sebelum pregnant kan Abu Daud). TAkut dan risau pun ader sbb dulu dah pernah merasa bad experiences ni... asyik fikir nak period ke gugur ini klu sampai tahap teruk dan keluar something looks like janin warna putih maknanyer keguguran perlu ke hospital untuk keluarkan semuanya. Sakitnyer gugur dulu tak boleh nak cakap...huhuhu! 

Hari ke 37 iaitu pada waktu tengahari Jumaat barulah ia datang. Alhamdulillah cuma ketul darah shj. Sakit berat sangat2 dan takleh buat apa. Mmg bad lah...sampai berketul keluar. Tapi sangat cepat dtg dan pergi...hari ini dah clear balik. 

Petang Jumaat tu juga bersama En. hubby bawa Ain untuk suntikan bagi baby berumur 1.5 thn di UH (PPUM). Nasib baik tak perlu Q, takde lah tahan sakit lamer2 kat situ.

So, hari ini tiada lagi kerisauan lagi...cuba dan usaha lagi, InsyaAllah. Lambat atau cepat tak kisahlah..rezeki Allah.

Doakan semoga aku berjaya...dapatkan anak dan adik yg sihat, comel dan sejahtera segala-galanya untuk si abang dan kakak iaitu Abu Daud dan Ain!

Wednesday, March 30, 2011

Pregnant Lagi?

As salam.

Setelah mendapat demam awal bulan Mac dan pada hari jumaat lalu, terdapat satu lagi ketidak pastian dalam hati ini pada saat ini. Ya, apa ya nak tahu tak?

Setelah hampir 5 minggu hari ini kebarangkalian untuk memastikan positif atau tak yang aku pregnant again masih lagi tak dapat dipasti. Biasanya period akan datang regularly after 28-30 days. Today dah almost 35 days. Kalau nak tahu prengnancy test kit dah ader tapi resultnyer sure blurrr. So, now I have to wait until 1-2 weeks to get a better result....huhuhuhu!

So Wait n SEE !

Monday, March 21, 2011

'Pak' Corn & Tv Besar

As salam.

Abu Daud baru-baru ni sibuk minta nak makan pak corn (popcorn) dan nak tengok tv besar (movie kt panggung wyg). Kata-kata yg keluar dari mulut comelnyer tu sejak masuk tadika nie mmg tak dpt dijangkakan kadang2 pelat tu lucu pulak bila didengar. Pandai-pandai dia jer cuba memancing hati ibu nyer. Ayah pulak tersenyum bila aku ceritakan permintaan special dari Abu Daud ini.

So, semalam hari jadi ku. Ayah pun booked tiket awal-awal pd mlm sabtu utk show jam 11 pagi, Ahad. Cerita Los Angeles Invation. Pada pagi 20hb Mac 2011, tertunailah permintaan hero aku nie. Ishh... siap belikan dia pak corn. Sukanyer hati dia tapi yg memeningkan kepala feeilnyer tak mau share makan sekali dgn si adik. Adik jerit sambil huhuhuhuh....!

Kejap jer pastu dia ok mkn samer2 dgn adik...gud boy! Tapi a bit penatlah dalam panggung  sbb dia nk jalan berpimpin tgn, duduk dan tido dgn IBU SHJ. Ayah cuma dukung adik. Masa movie dah mula main, dia ok.. tapi bila boringnyer dtg kerusi depan dikacaunyer..Aduhhh! Ayah lah yg tolong tgkkan dia. Ibu pun tak leh fokus sgt jln citer movie nie..hingga lah bila kedua2nyer mengantuk dan tido kat pangku ibu. Aku bagi *** kat citer nie...dan Abu Daud pun dah sibuk tanyer bila TRANSFORMER 3 nak main. Advanced betul dia...sbb citer nie mmg favouritenyer dan ibu sekali heehehehehe...ayah jgn marah!!!

Anyway..Thanks a lot to my en.hubby...luv u so much! I apprieciated our gud time yesterday walaupun tanpa tiupan lilin kek or red rosses (mcm biasalah...koboi style).

Wednesday, March 16, 2011

Krisis di Jepun Negara Matahari Terbit

Saya amat bersimpati terhadap apa yang berlaku Jepun sekarang. Dilanda badai tsunami dahsyat selepas gempa bumi yg berskala lebih tinggi dari yg berlaku di Acheh sebelum ini, sekarang negara tersebut dalam ketakutan diancam dengan radiasi dari nuklear power plant di Fukushima.

Semua bala ini datang dari Allah s.w.t. Kun Fayakun. Kita ambil ikhtibar dari apa yang berlaku untuk kebaikan kehidupan kita di dunia akhirat. Tiada siapa dapat menghalang dari semua ini berlaku melainkan Allah Pencipta Sekalian Alam.

"LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZHAALIMIN"

Tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk di antara orang-orang yang berbuat aniaya/zalim.

dari surah Al-Anbiyak(21):87

Ban BPA Milk Bottles

As salam. 

Kenapa lah Kementerian Kesihatan boleh bagi masa sampai next 1 Mac 2012 untuk ban botol-botol susu yg mengandungi chemical Bisphenol A (BPA) di pasaran skrg. Alasan yg diberikan tak rasional langsung lebih berkepentingan kpd untung rugi supplier2 botol2 susu nie. Seperti tidak endah dan tak kisah kesan chemical tu kpd bayi-bayi dan kanak-kanak yg masih menyusu botol. Padahal di negara-negara lain seperti China, Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan New York di US dah banned botol susu polycarbonate.

Sebagai seorang ibu, saya berpandangan botol polycarbonate nie perlu di ban with immediate effect. Mengapa kita perlu mendedahkan anak-anak kecil yg tak berdosa dengan risiko ini. Synthetic chemical ini also known as "environmental hormones". Secara senyap boleh merosakkan sistem badan seperti thyroid, pituitary, pancreas, thymus, adrenal,ovari dan testical glands.

Bagi parent yg sedar tentang hal ini dari awal2 sebelum statement yg dikeluarkan oleh KKM mungkin mereka dah tukar botol susu kepada botol susu alternatif lain yg lebih selamat. Tapi bagaimana pula bagi golongan keluarga yang berpendapatan rendah yang kurang kesedaran ttg hal ini mungkin akan terus menggunakan botol-botol ini sehinggalah product ni tiada dlm pasaran tahun depan. Siapa yang boleh mereka harapkan sekarang? Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan?

Tuesday, January 11, 2011

Abu Daud Masuk Tadika

Assalammualaikum dan selamat menyambut Tahun Baru 2011. Banyak peristiwa pahit manis, suka duka kita harungi sepanjang tahun lalu. Moga-moga  kita lebih cekal dan bersemangat meneruskan kehidupan biarpun dilanda ujian demi ujian dalam hidup.

Setelah sekian lama menyepi baru lah aku punyai masa untuk update blog ini. Seperti mana ibu-ibu lain yang punya anak yang berusia 4 tahun pada tahun ini, aku pun ambik cuti sehari untuk uruskan Abu Daud ke tadika dan sambung nuseri sampai petang. Tadika ini adalah sama tempat dengan nuserinya sebelum ini. Oleh kerana semua anak-anak seusianya di nuseri tersebut pun masuk tadika yang sama, jadi waktu pagi tiada anak-anak di nuseri untuk umur 4 tahun ke atas. Jadi nya, bagus juga dapatlah Abu Daud belajar bersosial dan mengenal ABC, 123 dan alif, ba, taa lebih awal bersama kawan-kawan seusianya.

Hari Pertama,

Disebabkan aku yang excited aku ambik cuti rehat hari ini, pukul 7.30 pagi aku telah kejutkan anakku yang bertuah tu. Dia tak mahu bangun bila aku sebut dia perlu ke tadika. Dia disiapkan pagi tu dengan penuh kesabaran di hati, kerana banyak akal juga orangnya. Pukul 8.30 pagi jugak kami keluar ke tadika dan ke nuseri untuk hantar adiknyer.

Sampai tadika, Abu Daud dah tak mahu masuk kelas sebab tak biasa dengan kawan-kawan baru. Bila ibu nyer masuk sama baru dia ikut sekali. Tapi bila ibu nak tinggal, dia menangis pulak tak mahu joint kawan-kawan. Ibu terpaksa tunggu hingga time break. Bila dia dah dah dapat cam beberapa kawan rapatnyer di situ, baru lah ok sikit. Aku pun tinggalkan dia dengan mukanya yang sedih. Cikgunya pun dah suruh ibu nya balik, sebab nak bagi dia selesa dengan kawan-kawan.

Petang aku ambik anak-anak seperti biasa dari nuseri, Abu Daud baik-baik sahaja. Sampai rumah dia begitu excited  dengan kiriman uniform tadika nya yang baru dapat dari cikgunyer. Malam tu dipakainya sambil sibuk suruh ibu hantar ke tadika. Huhuhuhu.....memang anak-anak nie pagi-pagi kita kena ikut jer rentaknya. Takut meragam lebih nanti semua terlambat ke tadika dan ofis. tidur malam Abu Daud dan adik nya awal jugak lebih kurang 9 malam.


Hari Kedua,

 Pagi terus hantar dia ke nuseri untuk disiapkan ke tadika selepas Abu Daud habiskan minum susu botolnyer. Hish..tak malu baby tua nie. Dalam kereta sempat juga dia bertanya kawan-kawannya di mana dah sampai belum...dengan mood yang baik.  Nampaknyer dia dah ok nak ke tadika sekarang. Aku pun selepas itu terus drive ke ofis. Sampai ofis, huhuhuhuhuhu......botol air Abu Daud terlupa bagi tertinggal dalam beg kerja aku. Tengahari aku kena balik hantar botol air tu kat nuseri, sempat juga jenguk dia tertidur lena dalam bilik. Mengantuk sangat pas mengaji tengahari tadi kata mereka di nuseri. Kesiannyer anak aku.

Semangatnya ke tadika menjadi-jadi selepas mendapat sepasang kasut putih Ultraman pada hari Khamis malam yang lalu. Kami terlambat membeli kasutnyer kerana ketiadaan saiz yang kecil. Sebelum hari persekolahan bermula cuba juga cari di Tesco, Kedai Pakaian Hari-Hari dan Mydin tapi tiada stok. Malam tu kami ke Kedai kasut Yebeng di Taman Permata, KL. Area tu banyak kedai untuk buat pilihan atau alternatif lain. Apa lagi suka hati Abu Daud sebab kasutnyer sorang yang bergambar Ultraman siap ader light lagi bila di hentak2 kakinyer.

Selepas malam tu, pagi-pagi Abu Daud sudah bersedia ke tadika belajar walaupun ader sikit-sikit malas untuk bangun pagi. Dengan berkat usaha dan doa ayah dan ibu nyer ini, Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.
Syukur pada Allah banyak-banyak kerana permudahkanku menghadapi segala kesulitan dalam menguruskan anak-anak dan perjalanan pekerjaanku seharian.
Related Posts with Thumbnails

Followers